Virus Ransomware WannaCry Sudah Berada Di Malaysia

Serangan siber di 150 buah negara sejak Jumaat lalu perlu diberi perhatian serius oleh mana-mana kerajaan di seluruh dunia sebagai satu ‘...


Serangan siber di 150 buah negara sejak Jumaat lalu perlu diberi perhatian serius oleh mana-mana kerajaan di seluruh dunia sebagai satu ‘wake-up call’ atau peringatan.

Portal BBC yang memetik gergasi perkomputeran, Microsoft sebagai berkata, kelemahan perisian yang disimpan oleh kerajaan telah mengakibatkan kerosakan meluas kepada sistem di puluhan negara termasuk bank, hospital dan agensi kerajaan seluruh dunia.

Microsoft dalam kenyataannya menerusi Presiden dan Ketua Pegawai Perundangan, Brad Smith mengkritik cara kerajaan menyimpan maklumat tentang kelemahan keselamatan dalam sistem komputer.

Virus terbaharu itu mengeksploitasi kecacatan dalam versi Microsoft Windows yang pertama kali dikenal pasti oleh agensi risikan AS.

Malah, terdapat lagi ancaman serangan ransomware ketika orang ramai kembali bekerja hari ini dengan kebanyakan syarikat mengarahkan pakar teknologi maklumat (IT) mereka bekerja pada sepanjang minggu bagi mengelak jangkitan virus tersebut.


Virus itu menguasai fail pengguna komputer dan meminta mangsa membayar sejumlah AS$300 (RM1,301) bagi memulihkan akses masuk sistem ma­sing-masing.

Penyebaran virus berjaya diperlahankan pada hujung minggu lalu namun menurut pakar, kelegaan tersebut mungkin hanya bersifat sementara ketika lebih 200,000 komputer terjejas setakat ini.

Menurut pengasas LE Global Sdn Bhd (LGMS), C.F Fong berkata seorang pengarah di sebuah syarikat pelanggannya telah menjumpai ransomware didalam komputer riba peribadinya Sabtu yang lepas.


“Nasihat saya, jika anda diserang virus ini, sila matikan sambungan internet anda supaya ianya tidak merebak” tambahnya lagi. Fong juga berkata ianya adalah ‘inevitable’, sesuatu yang tidak dapat dielakkan terutamanya Malaysia.

Beliau juga berkata, pengguna perlu backup fail yang disimpan secara online menggunakan servis cloud. Pengguna juga perlu mengemaskini sistem sekuriti Windows secepat yang mungkin.

Sementara itu, satu sistem pengesan virus berkenaan turut memaparkan Malaysia sudah pun dijangkiti oleh virus terbabit.

Laman intel.malwaretech.com beberapa kawasan di Malaysia sudah dijangkiti oleh virus terbabit, begitu juga dengan Indonesia.


COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Virus Ransomware WannaCry Sudah Berada Di Malaysia
Virus Ransomware WannaCry Sudah Berada Di Malaysia
https://1.bp.blogspot.com/-tnu8zwL3mkw/WRpkzChWWQI/AAAAAAAADs4/UcP918tWTcIxtaLx245SlgwyjrOcHY7twCLcB/s640/pg16_150610_a.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-tnu8zwL3mkw/WRpkzChWWQI/AAAAAAAADs4/UcP918tWTcIxtaLx245SlgwyjrOcHY7twCLcB/s72-c/pg16_150610_a.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/05/virus-ransomware-wannacry-sudah-berada.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/05/virus-ransomware-wannacry-sudah-berada.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy