UMNO kekal relevan untuk semua rakyat Malaysia – Zahid

UMNO yang mencapai usia 71 tahun esok akan kekal relevan untuk semua rak­yat Malaysia kerana perjuangan parti itu tidak hanya terhad kepa...


UMNO yang mencapai usia 71 tahun esok akan kekal relevan untuk semua rak­yat Malaysia kerana perjuangan parti itu tidak hanya terhad kepada orang Melayu sahaja, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri me­rangkap Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timba­lan Presiden UMNO itu ber­kata, meskipun dilanda pelbagai cabaran sejak ia ditubuhkan, parti itu tetap teguh hingga ke hari ini, berkhidmat melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi meme­nuhi agenda yang termaktub da­lam perlembagaannya termasuk­lah un­tuk Raja-raja Melayu serta kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.

“Kita lihat dalam tempoh tujuh­ dekad ini, kita telah meniti tawarikh perjuangan UMNO yang tidak lekang daripada pelbagai cabaran. Malah, pengasas UMNO dahulu, Datuk Onn Jaafar ingin buka (pintu) UMNO kepada bukan Melayu, akhirnya beliau tubuhkan parti lain, tetapi alhamdulillah Tunku Abdul Rahman Putra (Perdana Menteri Malaysia pertama) berjaya bagi roh baharu walaupun pengasas UMNO tidak bersama parti lagi.


“Pemimpin datang dan pergi, pelbagai gelombang dan cabaran. Malah, pernah dicabar dalam dan luar, pernah ditikam luar dan dalam. Tikaman belum lagi reda hingga sekarang walaupun jasa UMNO pada seseorang itu besar. Tetapi UMNO tetap parti yang kukuh dan akan kekal relevan untuk semua pihak,” katanya kepada Bernama dalam temubual sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 dalam program Ruang Bicara Khas, BNC, yang disiarkan malam ini.

Ahmad Zahid berkata, UMNO telah mencapai usia kematangan yang terbaik sebagai sebuah orga­ni­sasi yang sudah berusia 71 tahun.

Sungguhpun demikian kata­nya, UMNO masih memerlukan pelbagai pengisian untuk menggu­nakan kematangannya itu dalam segala bentuk tindakannya.

“Dalam perkara ini, tentunya kesinambungan kepimpinan sejak UMNO diasaskan harus terus­ menyuntik elemen-elemen kema­tangan dalam kelangsungan perjuangan UMNO itu sendiri.

“Malah, perjalanan pentadbiran dan juga penggarapan dukungan daripada idea parti dan akar umbi masih berjalan dengan baik. Inilah istimewanya UMNO yang mana proses kesinambungan ini terus diraikan dan kita merasakan bahawa rakyat masih bergantung harap kepada parti ini kerana boleh memperjuangkan untung nasib mereka bukan waktu ini sahaja tetapi untuk masa mendatang,” katanya.

Dalam meneruskan kematangan dalam perjuangan parti Ahmad Zahid berkata, beliau bersedia menggalas cabaran itu bersama-sama Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bersesuaian dengan kematangan UMNO, Ahmad Zahid meminta seluruh kepimpinan dan anggota UMNO supaya menjauhi budaya ‘politik kelawar’ iaitu politik bermusim dan ‘politik sate’.

“Kita tidak mengamalkan politik bermusim. Ertinya UMNO tidak bermusim kerana kelawar tidak datang apabila tiada musim buah ke­rana kita bukan kelawar,” katanya sambil menegaskan bahawa parti itu sentiasa turun padang untuk berkhidmat kepada rakyat. Politik sate juga perlu dijauhkan kerana ia menonjolkan tabiat buruk ‘mencucuk’ atau menghasut orang lain sehingga boleh mengadu domba pihak-pihak berkenaan.

“Yang paling jahat adalah tukang-tukang kipas sate itu. Yang turut memanaskan api sate itu untuk membakar sate dan juga tukang cucuk (sate) itu. Dalam keadaan ini, saya fikir politik kelawar dan politik sate ketepikanlah kerana UMNO semakin matang,” kata beliau.

Ahmad Zahid berkata, UMNO juga kini telah memperkemaskan jentera penerangannya dalam pelbagai medium terutamanya media sosial dengan pendekatan berbeza untuk kumpulan khala­yak yang berbeza juga.

Usaha yang giat perlu dilakukan supaya maklumat yang boleh dipercayai dan berwibawa dapat disampaikan dengan jelas kepada rakyat, khususnya para pengundi dalam pilihan raya umum yang akan datang, katanya.

Beliau mengingatkan seluruh jentera parti agar mengatur strategi awal bagi menangkis serangan musuh politik, khususnya semasa pilihan raya untuk mengelak berulangnya kejadian seperti pada sua­tu ketika dulu apabila Barisan Nasional (BN) difitnah kononnya telah membawa masuk pengundi hantu dari Bangladesh dengan suatu jumlah angka yang tidak masuk akal langsung.

Sekiranya serangan seperti itu tidak ditangkis segera, fitnah-fitnah itu akan mempengaruhi pemikiran para pengundi dan keadaan ini boleh menjejaskan peluang BN, katanya.

Pada masa ini, kesiapsiagaan komunikasi UMNO sedang diperkemaskan dan beliau yakin semua pihak dalam parti itu mampu untuk bekerja dalam sebuah pasukan untuk terus membawa kemenangan kepada parti itu dan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tambahnya. – BERNAMA



COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: UMNO kekal relevan untuk semua rakyat Malaysia – Zahid
UMNO kekal relevan untuk semua rakyat Malaysia – Zahid
https://3.bp.blogspot.com/-PY-iHSeg4pY/WRQHY7rWd0I/AAAAAAAADqE/-Jj8RDNK9a8g3V_mqcpEMHGCK1ZGVPj3QCLcB/s400/41494407818_DatukSeriDrAhmad.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-PY-iHSeg4pY/WRQHY7rWd0I/AAAAAAAADqE/-Jj8RDNK9a8g3V_mqcpEMHGCK1ZGVPj3QCLcB/s72-c/41494407818_DatukSeriDrAhmad.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/05/umno-kekal-relevan-untuk-semua-rakyat.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/05/umno-kekal-relevan-untuk-semua-rakyat.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy