Tsunami UMNO ranapkan impian pembangkang kuasai Putrajaya

UMNO kini semakin mendapat kepercayaan orang Melayu dan akan terus kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang. Ketua...


UMNO kini semakin mendapat kepercayaan orang Melayu dan akan terus kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbukti turut mendapat sokongan padu daripada rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Tsunami UMNO mula melanda persekitaran politik negara, rakyat kini semakin meningkatkan sokongan mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Tsunami ini akan meranapkan impian pembangkang untuk menguasai Putrajaya pada PRU akan datang," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

Katanya, ekoran perkembangan tersebut, banyak penganalisis politik berpendapat kerusi pembangkang akan berjaya dirampas semula oleh UMNO dan BN pada PRU akan datang.

Tsunami UMNO katanya, akan turut melanda beberapa negeri yang kini dikuasai pembangkang terutama di Selangor.

"Walaupun digembar-gemburkan pembangkang bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib semakin merudum, ternyata rakyat tidak mudah terpedaya dengan andaian sedemikian.

"Graf sokongan rakyat terutama orang Melayu terhadap UMNO yang semakin meningkat telah menggusarkan blok pembangkang.

"Oleh sebab itu, pembangkang sengaja merancang propaganda fitnah dan hasutan supaya pentadbiran Datuk Seri Najib dilihat tidak konsisten dan berada dalam situasi lemah." ujarnya.

Katanya, perang propaganda dan provokasi akan terus disemarakkan oleh blok pembangkang sehingga PRU ke-14 akan datang.

"Blok pembangkang yang berada dalam kecelaruan dan tidak sehaluan telah memberi banyak ruang kepada rakyat untuk berfikir secara rasional.

"Rakyat sudah boleh melihat sendiri bagaimana sandiwara politik pembangkang dan menilai sejauh mana ketelusan UMNO dan pentadbiran Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri.

"Dari dulu sehingga sekarang kerja pembangkang hanyalah menyebar fitnah dan mengkritik kerajaan sedangkan UMNO dan BN pula sentiasa berusaha mempertingkatkan kesejahteraan hidup rakyat," tegasnya.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan berlaku sedikit kegusaran dan ketidakyakinan orang Melayu terhadap hala tuju UMNO akibat sogokan propaganda pembangkang.

"Tetapi, tanggapan sedemikian hanya bersifat sementara. Faktor kenaikan harga barang, kos sara hidup yang tinggi dan suasana ekonomi yang suram sedikit sebanyak membuat rakyat gelisah," ujarnya.

Tetapi jelas beliau, kecekapan pentadbiran Najib dan sikap bertanggungjawab pemimpin UMNO sebagai parti yang mendominasi kekuatan BN telah berjaya meredakan kegusaran tersebut.

Oleh sebab itu katanya, graf politik masa kini menunjukkan orang Melayu semakin meningkatkan sokongan mereka terhadap UMNO dan pentadbiran Perdana Menteri.

Katanya lagi, kecelaruan hubungan politik di kalangan parti pembangkang membabitkan Pas, PKR, PPBM, Amanah dan DAP telah memberi kelebihan kepada UMNO untuk memperkukuhkan keyakinan tersebut.

Sehubungan itu, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengingatkan pendokong UMNO supaya sentiasa memperkasakan matlamat untuk memenangi PRU akan datang.

"Jadikan perhimpunan sambutan 71 tahun UMNO pada Khamis sebagai perhimpunan bersejarah mengulangi kesatuan orang Melayu yang pernah bersatu tenaga menumbangkan Malayan Union.

"Roh perjuangan UMNO wajar diterapkan di setiap sanubari rakyat terutama generasi muda Melayu. Generasi muda Melayu yang ada hari ini adalah pewaris kepada kepimpinan negara di masa akan datang

"Kesinambungan perjuangan UMNO perlu diteruskan dan diperkasakan sepanjang zaman kerana parti itulah pelindung kepada kepentingan hak, maruah dan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini," tegasnya.

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Tsunami UMNO ranapkan impian pembangkang kuasai Putrajaya
Tsunami UMNO ranapkan impian pembangkang kuasai Putrajaya
https://2.bp.blogspot.com/-j95ieNxFupk/WRVmg8-kZbI/AAAAAAAADsI/XDnbD7uAFGgO-Z-gI3IxlNSdLGMxukZ-ACLcB/s640/81494509136_UMNOlakau.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-j95ieNxFupk/WRVmg8-kZbI/AAAAAAAADsI/XDnbD7uAFGgO-Z-gI3IxlNSdLGMxukZ-ACLcB/s72-c/81494509136_UMNOlakau.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/05/tsunami-umno-ranapkan-impian.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/05/tsunami-umno-ranapkan-impian.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy