Stesen tv berbayar kedua gulung tikar

Sebuah stesen televisyen berbayar kedua negara dipercayai telah menerima notis penutupan operasi daripada Mahkamah Tinggi. Stesen telev...


Sebuah stesen televisyen berbayar kedua negara dipercayai telah menerima notis penutupan operasi daripada Mahkamah Tinggi.

Stesen televisyen yang beroperasi di Puchong itu dipercayai gagal melunaskan hutang-hutang kontraktor yang memperoleh tender daripada syarikat berkenaan.

Notis arahan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi itu bermaksud syarikat berkenaan gulung tikar disebabkan masalah kewangan yang meruncing ekoran pentadbiran yang tidak memuaskan.

Menurut sumber, syarikat rangkaian kabel digital pertama Malaysia ini menerima notis arahan berkenaan pada 8 Mei lalu.

“Mahkamah Tinggi telah keluarkan notis gulung tikar sebab pihak syarikat tidak mampu bayar hutang dengan kontraktor. Contoh syarikat Sony yang membekalkan barang kepada A**, dan beberapa kontraktor lain,” demikian menurut sumber berkenaan.

Notis dua muka surat itu antara lain menyebut arahan berkenaan disebabkan stesen televisyen berkenaan gagal menjelaskan hutang yang dituntut oleh beberapa kontraktor yang membawa kes ini ke mahkamah berkenaan.

Syarikat itu memulakan operasinya pada 2012 sebelum bertindak memberhentikan seramai 60 pekerja bahagian beritanya ekoran tidak mampu membayar gaji kakitangan, dua tahun lepas.

Pencabar kepada rangkaian televisyen berbayar, Astro itu dilaporkan telah membuat pinjaman sebanyak RM450 juta daripada Bank Pembangunan Malaysia Berhad namun gagal mengaut sebarang keuntungan sejak 2009.

sumber mg

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Stesen tv berbayar kedua gulung tikar
Stesen tv berbayar kedua gulung tikar
https://2.bp.blogspot.com/-r4-yTEuEjH0/WRqG6vWZpZI/AAAAAAAADts/BRG0lIzF46In2aasltQVYaaaAXg9B3VYgCLcB/s400/Mahkamah-Tinggi-KL.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-r4-yTEuEjH0/WRqG6vWZpZI/AAAAAAAADts/BRG0lIzF46In2aasltQVYaaaAXg9B3VYgCLcB/s72-c/Mahkamah-Tinggi-KL.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/05/stesen-tv-berbayar-kedua-gulung-tikar.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/05/stesen-tv-berbayar-kedua-gulung-tikar.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy