Rakyat Perlu Pastikan Keharmonian Antara Agama Demi Kesejahteraan Negara

Meskipun pembangkang sering memburuk-burukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelbagai perkara, termasuk menuduh Najib kononn...


Meskipun pembangkang sering memburuk-burukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelbagai perkara, termasuk menuduh Najib kononnya seorang pemimpin yang ‘gagal’ kerana gagal membawa Malaysia menjadi maju.

Bagaimanapun, pemimpin negara itu membuktikan sebaliknya dengan membawa pelbagai kejayaan kepada negara. Sekali gus membuktikan segala tohmahan yang tidak masuk akal pembangkang selama ini adalah tidak benar.

Najib sering menyeru rakyat supaya sentiasa bersatu padu dalam apa jua perkara demi kebaikan negara. Ini kerana masa depan Malaysia bergantung kepada kestabilan politik dan sosial berterusan, yang pada masa sama memerlukan keharmonian antara agama dalam kalangan rakyat.

Perdana Menteri menegaskan bahawa keharmonian antara agama adalah berasaskan kepada persefahaman bersama serta saling menghormati.

Katanya, bapa pengasas negara serta semua yang lain bukan sekadar meletakkan dasar Perlembagaan malah menyemai nilai dan asas politik untuk generasi selepas mereka, bagi membentuk keharmonian antara agama.

“Ini adalah antara nilai-nilai intrinsik yang kita perlu sebarkan dan perkukuhkan. Ini hendaklah diguna pakai bagi membentuk perpaduan yang lebih utuh dalam kalangan rakyat,” kata Najib pada majlis minum petang sempena sambutan Hari Wesak Kebangsaan, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut memuji para penganut Buddha yang hadir pada majlis itu apabila mereka berdiam diri seketika semasa azan solat Asar berkumandang. Beliau menganggap Malaysia negara yang unik berikutan kaitannya dengan tamadun besar Asia yang wujud di Kepulauan Melayu, China dan India.

“Sebentar tadi, satu lagi contoh bagaimana kita saling menghormati antara kaum dan agama dalam negara kita kerana bila azan berkumandang, tuan-tuan yang menganuti Buddha menghormati azan yang begitu dekat di hati orang Islam.

“Terima kasih saya ucapkan kerana tunjuk sikap hormati agama lain.

“Malaysia turut mendapat manfaat daripada semua ajaran, pembelajaran, nilai, budaya, agama dan bahasa dari tamadun besar itu,” kata Najib.

Beliau berkata, beliau baru mengadakan lawatan yang amat berjaya ke India, dan tidak sampai 24 jam lagi, beliau akan melawat China pula. Najib mengatakan Malaysia dihormati banyak negara lain sejak sekian lama kerana ia merupakan negara contoh bagi banyak aspek.

“Semua lawatan ini tidak akan berjaya tanpa kita menjadi model sebuah negara yang bersatu padu dalam kepelbagaian.

“Kita tidak berdepan ketegangan, konflik, keganasan seperti yang dialami negara-negara lain.

“Jadi, marilah kita memastikan semua ini berterusan pada masa depan.., adalah penting bagi kita untuk mengingatkan diri kita tentang nilai-nilai kukuh yang dibawa oleh agama masing-masing,” kata Najib.

Mengambil contoh agama Buddha yang terkenal dengan belas kasihan, komitmen kepada keamanan dan keharmonian, membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik serta menolak ekstremisme dan keganasan, Najib menasihatkan rakyat supaya tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh unsur-unsur ekstremis dalam masyarakat.

Beliau juga menggesa rakyat supaya menyokong satu sama lain untuk memastikan Malaysia menjadi lebih kukuh dan baik.

“Saya tidak boleh melakukannya sendiri sebagai perdana menteri, kerajaan dan masyarakat tidak boleh melakukannya sendirian, tetapi secara bersama-sama, kita boleh (lakukannya).

“Jika kita komited untuk bekerja bersama-sama atas dasar saling menghormati dan memahami, dan kita percayakan keharmonian antara agama, sentiasa bersederhana, ikhlas dengan agama kita, menolak ekstremisme dan memilih kata-kata kita dengan bijak, ia pasti melahirkan masyarakat Malaysia yang baik hati dan sopan,” tegas Najib.

-UN

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Rakyat Perlu Pastikan Keharmonian Antara Agama Demi Kesejahteraan Negara
Rakyat Perlu Pastikan Keharmonian Antara Agama Demi Kesejahteraan Negara
https://4.bp.blogspot.com/-ZkrYI1VD-z4/WRQIO_S3y_I/AAAAAAAADqQ/l_qho-MkKIwob3TuErRjEOYvHdN-PSdvACLcB/s400/najib-razak-br1m.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-ZkrYI1VD-z4/WRQIO_S3y_I/AAAAAAAADqQ/l_qho-MkKIwob3TuErRjEOYvHdN-PSdvACLcB/s72-c/najib-razak-br1m.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/05/rakyat-perlu-pastikan-keharmonian.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/05/rakyat-perlu-pastikan-keharmonian.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy