Pemimpin Tinggal Perjuangan Parti Sebagai Tiada Daya Tahan, Tiada Kesabaran - TPM Zahid

BEAUFORT, 14 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan bekas pemimpin UMNO atau Barisan Nasi...


BEAUFORT, 14 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan bekas pemimpin UMNO atau Barisan Nasional (BN) yang kecewa lalu meninggalkan perjuangan parti sebagai pemimpin yang tiada daya tahan dan kesabaran.

Ahmad Zahid berkata pemimpin berkenaan, sama ada di peringkat nasional atau negeri Sabah, akibat tiada daya tahan dan kesabaran akhirnya membuat keputusan yang salah kerana ketika itu mereka dalam keadaan marah, tertekan dan kecewa.

"Alhamdulillah, kita di dalam UMNO dan kita di dalam BN, biarpun kita diasak, biarpun kita 'diterajang', biarpun kita 'disepak' (dengan pelbagai tuduhan dan fitnah), kesabaran kita tetap bersama UMNO dan BN," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Naib presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden parti itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Bagandang, dekat sini, Ahad.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Isnin Aliasnih dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Anggota Parlimen Beafort Datuk Azizah Mohd Dun.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, anggota dan pemimpin UMNO dan BN yang mempunyai ketabahan dan kesabaran yang tinggi, kekal setia dengan parti dan meneruskan perjuangan mereka atas kesedaran bahawa hanya UMNO dan BN sahaja boleh membela rakyat.

"Kerana tidak ada parti lain yang boleh memperjuangkan nasib rakyat, tidak ada parti lain yang boleh memperjuangkan keperluan rakyat, tidak ada parti lain yang (diharapkan) rakyat boleh bergantung harap melainkan dengan UMNO dan parti-parti dalam komponen BN," tegas Ahmad Zahid.


Menurut Ahmad Zahid, beliau membangkitkan keyakinannya terhadap keupayaan UMNO dan BN untuk membela rakyat bukan bertujuan untuk bernostalgia atau mengimbau kecemerlangan berkhidmat kepada rakyat sebaliknya ingin menyatakan komitmen parti itu untuk meneruskan perkhidmatan cemerlangnya.

"Kita berazam, sebagaimana dahulu, kalau kita mempunyai rekod pencapaian yang baik, kalau dahulu kita mempunyai kecemerlangan, azam kita, tekad kita (ialah) kita akan lakukan yang lebih baik untuk rakyat keseluruhannya," katanya.

Menurutnya, berlainan dengan pemimpin UMNO dan BN, bekas pemimpin parti itu (UMNO) yang kecewa juga bernostalgia namun dengan 'angan-angan untuk mengecat langit' yang mustahil untuk dilakukan kerana langit itu akan biru sebaik sahaja awan berlalu dan kebiruan langit berkenaan adalah lambang BN.

Sementara itu, Ahmad Zahid menjelaskan bahawa dasar pembangunan kerajaan yang diterajui BN ialah memberi 'kepedulian' kepada semua lapisan rakyat di manapun mereka berada sama ada di bandar ataupun di luar bandar.
Katanya komitmen dan iltizam pemimpin-pemimpin kerajaan, UMNO dan BN untuk membawa pembangunan dan membela rakyat berkenaan mesti diterjemahkan dalam bentuk tindakan agar manfaatnya dirasai seperti diharapkan rakyat.

"Insya-Allah, saya akan tetap membantu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk merealisasikan komitmen kerajaan demi untuk mensejahterakan rakyat," katanya.

Pada majlis berkenaan, Ahmad Zahid turut meluluskan peruntukan untuk memperbaiki Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kampung Libawang dan SAR Kampung Selagon dengan peruntukan masing-masing berjumlah RM600,000 dan RM400,000.

Turut diumumkan ialah peruntukan menaik taraf Jalan Lajau-Labuk berjumlah RM600,000 manakala RM2 juta lagi untuk kerja menaik taraf jalan-jalan kampung di kawasan Parlimen Beaufort.

--BERNAMA

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Pemimpin Tinggal Perjuangan Parti Sebagai Tiada Daya Tahan, Tiada Kesabaran - TPM Zahid
Pemimpin Tinggal Perjuangan Parti Sebagai Tiada Daya Tahan, Tiada Kesabaran - TPM Zahid
https://3.bp.blogspot.com/-F_UnlzeB0gk/WRkvx95kK9I/AAAAAAAADsY/3-nBC3jbexE423AwIVACztD8pUKiy2j3QCLcB/s640/azh2.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-F_UnlzeB0gk/WRkvx95kK9I/AAAAAAAADsY/3-nBC3jbexE423AwIVACztD8pUKiy2j3QCLcB/s72-c/azh2.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/05/pemimpin-tinggal-perjuangan-parti.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/05/pemimpin-tinggal-perjuangan-parti.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy