Mungkinkah tiada lagi penjualan rokok pada tahun 2050?

Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50), rancangan 3 dekad pentadbiran Najib ke arah negara maju, akan turut mengambil kira cadangan meng...


Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50), rancangan 3 dekad pentadbiran Najib ke arah negara maju, akan turut mengambil kira cadangan mengharamkan penjualan rokok, kata Khairy Jamaluddin.

Itu merupakan antara satu cadangan yang diterima pada sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan bakal dibincangkan kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memberitahu, ke mana sahaja beliau pergi untuk program dialog, sokongan supaya Malaysia tidak menjual rokok seperti diaplikasikan di Brunei amat tinggi.

Khairy yang juga ketua Pemuda Umno berkata kebanyakan anak muda yang beliau temui dalam acara dialog bersetuju sekiranya negara mengharamkan rokok.

“Bila saya tanya orang muda, pada tahun 2050, adakah mereka setuju sekiranya rokok diharamkan, sambutannya adalah ‘ya’ dan menggalakkan.”

“Itu keputusan yang bakal dibuat. Jadi, kita perlu kemukakan kepada kerajaan,” katanya.

Cukai daripada jualan rokok merupakan antara sumber kewangan terbesar kerajaan, dan pada 2014, Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengumpul cukai sebanyak RM3.62 bilion, iaitu sumbangan cukai kedua terbesar.

Bagaimanapun, pendapatan itu terjejas ekoran peningkatakan jualan rokok seludup. Kerajaan dilaporkan kehilangan hasil cukai rokok sejumlah RM4 bilion pada 2015 dengan hampir 40% pasaran rokok dikuasai rokok seludup.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya bercadang meningkatkan harga rokok kepada RM21.50 sepeket. Sekotak rokok yang paling tinggi harganya ialah RM17.

Hilmi turut bercadang menaikkan had umur pembeli rokok daripada 18 tahun kepada 21 diambil.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggarkan 100,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun disebabkan penyakit berkaitan tabiat merokok, dengan jumlah perokok muda khususnya remaja meningkat setiap tahun.

Statistik KKM juga mendapati rakyat Malaysia menghisap sejumlah 23.7 bilion batang rokok pada 2015, peningkatan besar daripada 18 bilion batang rokok pada 1998.

Pelbagai kempen untuk mengikis tabiat merokok masih gagal mengurangkan bilangan perokok.

Ia termasuk Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang pada 1995 mengisytiharkan tabiat merokok adalah haram.

Kerajaan juga menambah bilangan zon larangan merokok yang termaktub dalam Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, Akta Makanan 1983 (Akta 324) dan menubuhkan Klinik Berhenti Merokok. – fmt


COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Mungkinkah tiada lagi penjualan rokok pada tahun 2050?
Mungkinkah tiada lagi penjualan rokok pada tahun 2050?
https://4.bp.blogspot.com/-j8981jDmkkI/WRpoQ1YSsgI/AAAAAAAADtM/Dk6I09d9g4Ypatdwm_ICIk575KKfPD6aQCLcB/s400/khairy-jamaluddin_tn50_600-1-238x178%2B%25281%2529.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-j8981jDmkkI/WRpoQ1YSsgI/AAAAAAAADtM/Dk6I09d9g4Ypatdwm_ICIk575KKfPD6aQCLcB/s72-c/khairy-jamaluddin_tn50_600-1-238x178%2B%25281%2529.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/05/mungkinkah-tiada-lagi-penjualan-rokok.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/05/mungkinkah-tiada-lagi-penjualan-rokok.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy