Dakwaan polis terpaksa cari pendapatan sampingan akan disiasat - TPM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan siasatan dilakukan berhubung dakwaan bahawa polis terutama di peringka...


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan siasatan dilakukan berhubung dakwaan bahawa polis terutama di peringkat daerah terpaksa mencari 'pendapatan sampingan' bagi meraikan pihak atasan.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia dan Cawangan Khas untuk mendapatkan maklumat berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata jika perkara seumpama itu benar-benar berlaku, maka ia satu perbuatan kurang cerdik.

"Jika mereka tidak mempunyai sumber kewangan, mereka boleh beritahu keadaan sebenar, jangan gunakan alasan tidak cerdik untuk pertahankan diri," katanya ketika berucap pada majlis penutup Kembara Media Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, pada Ahad.

Turut hadir Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan amalan mencari ''pendapatan sampingan'' itu dilakukan kerana pegawai atasan meminta ''tajaan'' daripada mereka.

Pada sidang media kemudian, Ahmad Zahid berkata dakwaan amalan rasuah dalam kalangan segelintir anggota polis perlu dibanteras bagi memperbetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap PDRM.

Timbalan perdana menteri berkata beliau juga akan berbincang dengan kementerian lain bagi membersihkan agensi penguatkuasaan daripada amalan rasuah.

"Kepercayaan rakyat harus dikembalikan terhadap agensi-agensi penguatkuasaan...nila-nila setitik dua yang merosakkan susu sebelanga ini perlu dihapuskan," tegasnya.

Menggunakan anologi penyakit diabetes, Ahmad Zahid berkata lazimnya anggota badan yang terjejas dengan penyakit itu akan dipotong bagi mengelak ia merebak ke anggota badan lain.

"Mungkin itulah kaedah terbaik yang boleh dilakukan oleh KDN dan lain-lain kementerian serta jabatan yang mempunyai agensi penguatkuasaan," katanya.

Sementara itu, 84 pengamal media membabitkan 21 kenderaan menyertai program mencari harta karun Kembara Media KDN itu, yang bertujuan memperkenalkan dasar, fungsi dan peranan kementerian kepada orang ramai, selain mengeratkan hubungan dengan pihak media.

Program julung kali diadakan itu melibatkan peserta daripada pelbagai organisasi media antaranya Bernama; Radio Televisyen Malaysia (RTM); Bernama News Channel; Media Prima; Astro Awani; Malay Mail; The Sun; Sinar Harian; The Star dan Utusan Malaysia.

-- BERNAMA

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Dakwaan polis terpaksa cari pendapatan sampingan akan disiasat - TPM
Dakwaan polis terpaksa cari pendapatan sampingan akan disiasat - TPM
https://3.bp.blogspot.com/-AW6TkWETRpk/WSJVgF7GroI/AAAAAAAADxg/UlS1RHs8O_YVOkIefrzHufZCgiqkX0-YwCLcB/s400/81495385008_ZahidHamidi.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-AW6TkWETRpk/WSJVgF7GroI/AAAAAAAADxg/UlS1RHs8O_YVOkIefrzHufZCgiqkX0-YwCLcB/s72-c/81495385008_ZahidHamidi.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/05/dakwaan-polis-terpaksa-cari-pendapatan.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/05/dakwaan-polis-terpaksa-cari-pendapatan.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy