Cadangan Kerajaan Untuk Laksanakan Program Bantuan makanan Kepada Golongan Miskin Bandar - TPM

Dibawah pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kerajaan bercadang untuk melaksanakan program bantuan makanan kepada golongan m...


Dibawah pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kerajaan bercadang untuk melaksanakan program bantuan makanan kepada golongan miskin bandar melalui pelbagai kementerian.Kerajaan juga berhasrat untuk menyediakan makanan sejuk beku untuk golongan miskin tegar bandar.

Ini antara cadangan yang telah dikemukakan pada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Menangani Kemiskinan Bandar yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mencari kaedah terbaik dalam menangani isu secara bersepadu.

Mesyuarat itu membincangkan beberapa kertas pembentangan dan kertas makluman dari kementerian dan agensi kerajaan mengenai kos sara hidup rakyat khususnya berkaitan isu kemiskinan bandar.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam kenyataan yang diedarkan sempena mesyuarat itu berkata program bantuan makanan itu akan melibatkan kerjasama dengan syarikat pasar raya besar dalam menyediakan bekalan makanan sejuk beku kepada golongan miskin tegar bandar.

Menurut kementerian itu, program makanan bermasak pada harga berpatutan untuk pelajar pula akan dilaksanakan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta khususnya di bandar-bandar besar.

"Pelaksanaan program ini akan turut melibatkan bekas pelajar sebagai operator dan petugas," kata kementerian itu.

Sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan bagi mengkaji kos pengeluaran dan kos di sepanjang rantaian pengedaran bagi mengelak peluang manipulasi harga oleh pihak ketiga.

Kerajaan juga akan melaksanakan kajian pengumpulan maklumat keperluan bekalan rumah melalui data-data bilangan pemilikan dan penyewaan rumah bagi memudahkan pihak kerajaan mengenal pasti keperluan rumah dan trend harga rumah berdasarkan lokasi tertentu, kata kementerian itu.

"Kerajaan bercadang memberi insentif kepada pemaju yang membina rumah mampu milik, selain menggalakkan penggunaan material menggunakan teknologi terkini bagi mengurangkan kos pembinaan seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang lebih menjimatkan," kata kenyataan itu.

Kenyataan kementerian itu menyebut kerajaan akan bekerjasama dengan syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menyalurkan bantuan-bantuan kepada Tabung Bantuan Khas Persekutuan yang akan digunakan bagi membantu program-program kebajikan rakyat.

Antara menteri yang terlibat dalam mesyuarat hari ini ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Cadangan Kerajaan Untuk Laksanakan Program Bantuan makanan Kepada Golongan Miskin Bandar - TPM
Cadangan Kerajaan Untuk Laksanakan Program Bantuan makanan Kepada Golongan Miskin Bandar - TPM
https://3.bp.blogspot.com/-Wz8siITL4Pk/WR5Z72KFqSI/AAAAAAAADwQ/ZqbFWTfMb9kujJZmviUusOLOFM8KwQ3cgCLcB/s640/azh1.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-Wz8siITL4Pk/WR5Z72KFqSI/AAAAAAAADwQ/ZqbFWTfMb9kujJZmviUusOLOFM8KwQ3cgCLcB/s72-c/azh1.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/05/cadangan-kerajaan-untuk-laksanakan.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/05/cadangan-kerajaan-untuk-laksanakan.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy