Bala Tentera Merah Gegarkan Stadium Nasional

Siapa kata ahli UMNO berkurangan,lihatlah sejarah telah tercipta dengan bergema laungan 'Hidup UMNO' yang dibanjiri lautan merah ...


Siapa kata ahli UMNO berkurangan,lihatlah sejarah telah tercipta dengan bergema laungan 'Hidup UMNO' yang dibanjiri lautan merah bersempena dengan sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71.

Kira-kira 150,000 pejuang-pejuang UMNO yang telah diterjemahkan kepada sokongan padu dan gerak kerja padu menjelang pilihan raya umum ke-14 kelak.

Sambutan itu bermula dengan ceramah agama bersempena Nisfu Syaaban yang disampaikan oleh penceramah terkenal, Datuk Badlishah Alauddin.

Malah solat maghrib pula disempurnakan secara berjemaah dan tahun ini diimamkan sendiri oleh Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.



Ketibaan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kira-kira pukul 8.40 malam di­sambut oleh Ahmad Zahid serta seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan ahli-ahli parti yang berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Bekas Presiden parti, Tun Abdullah Ahmad Badawi turut hadir pada malam ini.


Turut hadir juga Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN), antaranya Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Pre­siden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong, Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas dan pemim­pin komponen dari Sabah dan Sarawak turut hadir dalam sam­butan raksasa itu.

Gimik perasmian sambutan pada tahun ini menyaksikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang diiringi naibnya, Khairul Azwan Harun dan 2,000 sukarelawan berlari masuk ke dalam Stadium Nasio­nal Bukit Jalil membawa bersama bendera Sang Saka Bangsa yang telah ‘mengelilingi’ seluruh negara sejak bulan lalu.

Kemuncak sambutan ialah ucapan perasmian oleh Presiden parti yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh setiap ahli parti dan disiarkan secara langsung di televisyen.



Dalam ucapan beliau, Najib yang juga Perdana Menteri menegaskan, berdasarkan sambutan ditonjolkan di Stadium Nasional pada malam ini, jelas menunjukkan bahawa UMNO merupakan parti terkuat di negara ini.

Perdana menteri yang juga presiden UMNO itu menegaskan bahawa sejak penubuhannya, parti yang sudah berusia 71 tahun itu juga sentiasa relevan dengan dasar perjuangan yang sesuai dengan zaman selain mempunyai visi dan tindakan untuk memajukan bangsa dan negara.

“Kita berjuang bukan untuk ahli UMNO sahaja, malah untuk semua rakyat tidak kira kaum, agama dan keturunan.

“Kita perjuangkan pembangunan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia, kita jaga keselamatan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia, kita tegakkan perpaduan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia,”katanya.



Selepas ucapan perasmian oleh Najib, acara diteruskan pula dengan simbolik pelancaran pembangunan ibu pejabat baharu UMNO iaitu menara setinggi 70 tingkat, KL Putra.

Seperti sambutan-sambutan terdahulu, ulang tahun UMNO kali ini turut menzahirkan penghargaan kepada pejuang-pejuang yang telah banyak berkorban dan berjasa demi kelangsungan parti.

Bersempena dengan sambutan ke-71, UMNO memberi penghargaan kepada bekas Bendahari UMNO, Tan Sri Hanafiah Hussain; Pengerusi Persatuan Melayu Pulau Pinang, Tan Sri Mohd. Yusoff Latiff dan Pengerusi Tetap Wanita UMNO, Tan Sri Napsiah Omar sebagai penerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang.


COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Bala Tentera Merah Gegarkan Stadium Nasional
Bala Tentera Merah Gegarkan Stadium Nasional
https://3.bp.blogspot.com/-q2j1GQgZlVs/WRVjlkMzc8I/AAAAAAAADrY/S21hHwukXygMhkaOxwJ-RuBebAV2H2KUQCLcB/s640/umno71.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-q2j1GQgZlVs/WRVjlkMzc8I/AAAAAAAADrY/S21hHwukXygMhkaOxwJ-RuBebAV2H2KUQCLcB/s72-c/umno71.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/05/bala-tentera-merah-gegarkan-stadium.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/05/bala-tentera-merah-gegarkan-stadium.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy