Afdlin Shauki Jadi Batu Api Susulan Isu Tampar

Pada majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama karyawan pengiat seni,telah berlaku insiden dimana seorang pelakon vateran S...


Pada majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama karyawan pengiat seni,telah berlaku insiden dimana seorang pelakon vateran Sulaiman Yasin (Mat Over) telah menerpa menampar David Teo ketika David sedang memberi pantun.

Selepas kejadian malam tersebut, Datuk Rosyam Nor selaku moderator tampil memberi pandangannya berhubung perkara tersebut.

Rosyam menegaskan David perlu mengikut pepatah Melayu, ‘masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak’ kerana dia enggan ‘pisang berbuah dua kali’.

“Pepatah itu bermaksud, jika kita berada di tempat orang, kita harus ikut adab atau peraturan di situ.

“Namun sebaliknya berlaku apabila David bertindak mempertikaikan cara pengendalian majlis. Nasib baik saya boleh tahan marah dan kembali mengawal keadaan,” katanya kepada Utusan Online.

Memetik portal Utusan, Rosyam jelas terkilan dengan isu berkenaan kerana menurutnya insiden itu tidak sepatutnya berlaku selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuka peluang untuk penggiat seni berdialog secara bersemuka dengannya di kediaman beliau.

“Bagaimanapun, Perdana Menteri ada beritahu bahawa beliau suka cara saya mengendalikan sesi dialog itu dan juga idea-idea yang dilontarkan oleh penggiat seni,” katanya.

Dalam masa sama, Rosyam bersyukur masih tenang ketika insiden berlaku.

“Saya bukan baharu jadi pengacara dan sudah lama dalam dunia seni. Syukur kepada Allah SWT sebab memberi kematangan dalam diri walaupun orang lain belum tentu dapat menanganinya,” ujarnya.

Sementara itu, pelawak Afdlin Shauki bagaimanapun menyalahkan Rosyam ke atas insiden terbabit dan menyifatkan tindakannya mengeruhkan lagi keadaan.


“Pada saya Moderator yang bersalah kerana tak mengawal keadaan dengan baik. Kemudian satu Malaysia dengar dia berkata pada PM ‘dia ni memang kurang ajar datuk seri!'” tulisnya di akaun Instagramnya.

Afdlin seharusnya tidak perlu masuk campur dengan menyalahkan sesiapa sahaja yang terlibat.Lagi pun kejadian tersebut sudah pun selesai dan David Teo telah memaafkan Mat Over.


COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Afdlin Shauki Jadi Batu Api Susulan Isu Tampar
Afdlin Shauki Jadi Batu Api Susulan Isu Tampar
https://2.bp.blogspot.com/-NoHmOdhGru8/WR6Yi_h61mI/AAAAAAAADww/pBvvso_fPQQJEYV3gv04XDSLDAh_siwUQCLcB/s400/afdlin.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-NoHmOdhGru8/WR6Yi_h61mI/AAAAAAAADww/pBvvso_fPQQJEYV3gv04XDSLDAh_siwUQCLcB/s72-c/afdlin.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/05/afdlin-shauki-jadi-batu-api-susulan-isu.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/05/afdlin-shauki-jadi-batu-api-susulan-isu.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy