ADUN PKR kecewa ‘dihukum’ Kerajaan DAP

PULAU PINANG 16 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Penanti, Dr. Norlela Ariffin kecewa selepas mendakwa peruntukan untuk beliau ...


PULAU PINANG 16 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Penanti, Dr. Norlela Ariffin kecewa selepas mendakwa peruntukan untuk beliau disekat oleh Kerajaan DAP P. Pinang.

Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan kepadanya ketika mesyuarat pimpinan PKR negeri pada 12 Mei lalu.

Katanya, keputusan berkenaan dilakukan Kerajaan DAP Pulau Pinang selepas beliau tidak menghadiri istiadat mengangkat sum­pah pelantikan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas baru-baru ini.


“Saya tidak dapat hadir kerana menurut arahan parti yang mahu saya terus berada pada Majlis Konven­syen PKR negeri yang berlangsung pada waktu sama.

“Ini kali kedua saya ‘dihukum’ kerana mengikut arahan parti,” tulisnya di laman Facebooknya semalam.

Norlela bimbang keputusan berkenaan mengganggu perancangan yang diatur beliau termasuk untuk program Ramadan dan Aidilfitri di kawasannya.

Katanya, beliau difahamkan peruntukan tidak akan diberikan sehingga September ini.

“Saya tiada peruntukan bantuan kecemasan untuk penduduk Penanti selain tidak dapat menghulurkan sumbangan majlis berbuka puasa,” kata beliau.

Norlela mendedahkan belum mendapat peruntukan Bri­ged Wanita yang diasaskan kerajaan negeri.

“Peruntukan itu digunakan se­bagai elaun dan duit minyak untuk anggota Briged Wanita,” katanya.

Norlela sebelum ini pernah menjadi perhatian kerana menangis ketika sesi perbahasan sidang DUN selepas mendakwa Kerajaan DAP Pulau Pinang mengabaikan kawasannya yang majoriti penduduk adalah orang kampung terpinggir.

Sementara itu, Timbalan Ke­tua Menteri 1, Datuk Mohd. Ra­shid Hasnon dalam sidang akhbar hari ini menafikan kerajaan negeri menarik peruntukan wa­jib itu dan menggesa Norlela merujuk kepada Pejabat Ketua Menteri berhubung status peruntukannya tersebut.

-Utusan

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: ADUN PKR kecewa ‘dihukum’ Kerajaan DAP
ADUN PKR kecewa ‘dihukum’ Kerajaan DAP
https://2.bp.blogspot.com/-ueNcXjScihg/WRvVERLUxII/AAAAAAAADus/0e-iALQ2k8cSchQ29dTDGIEHNvabMweQACLcB/s640/Dr-Norlela-Ariffin-lim-1.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-ueNcXjScihg/WRvVERLUxII/AAAAAAAADus/0e-iALQ2k8cSchQ29dTDGIEHNvabMweQACLcB/s72-c/Dr-Norlela-Ariffin-lim-1.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/05/adun-pkr-kecewa-dihukum-kerajaan-dap.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/05/adun-pkr-kecewa-dihukum-kerajaan-dap.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy