TPM Beri Peringatan Jangan Campur Tangan Urusan Islam

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan Islam di negara i...


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan Islam di negara ini dengan cuba mengajar mereka cara mengukuhkan undang-undang Islam.

Beliau menegaskan,mereka khususnya dan semua pihak secara amnya perlu menghormati Perkara Tiga Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan Islam sebagai agama rasmi.Kita tidak berhasrat untuk untuk menyentuh agama lain.Tolong hormati agama kami jika mahu kami hormati agama anda.

"Saya tidak berhajat mahu cabar sesiapa. Tetapi sesuatu yang baik kita mahu laksanakan sebagai kebaikan ummah, perlu ke kita tanya pada orang lain yang tidak satu akidah dengan kita setakat mana harus ambil wuduk?

“Bukan hak mereka untuk tahu dan tidak perlu ada kepedulian kerana itu adalah ibadat kita, itu hak kita umat Islam untuk tentukan bagaimana tahap ibadat kita kerana kita menjaga agama Allah supaya Allah menjaga kita, itu pegangan kita,” jelasnya.


Beliau mengingatkan pihak berkenaan yang menentang usaha pemerkasaan Islam supaya tidak alpa dengan segala nikmat kemajuan, keunggulan pencapaian akademik serta pelbagai lagi, dan bersyukur dengan cara berterima kasih kepada pihak yang memberi kenikmatan itu.

“Apabila kita lupa nikmat dan kita tidak berterima kasih kepada orang yang memberi, kita tidak bersyukur kepada Allah.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Konvensyen MRSM Ulul Albab 2017 di sini, semalam.

Yang turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan pembukaan lima lagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab baharu di lima negeri, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak sembilan.

Beliau berkata, pembinaan MRSM baharu bertujuan melahirkan lebih ramai huffaz (penghafal al-Quran) dengan sasaran mahu melahirkan sehingga 125,000 huffaz menjelang 2050.

"Kita harap sebahagian daripada 125,000 huffaz ini akan datang daripada MRSM Ulul Albab ini," katanya.

Program Ulul Albab telah diwujudkan di empat MRSM, bermula di MRSM Kota Putra di Terengganu pada 2009; MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan (2010); MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang (2011) dan terbaru di MRSM Sungai Besar di Selangor.

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: TPM Beri Peringatan Jangan Campur Tangan Urusan Islam
TPM Beri Peringatan Jangan Campur Tangan Urusan Islam
https://2.bp.blogspot.com/-CNMjDGeqPoM/WOxaVXQ3XWI/AAAAAAAADaA/2tVXDxB9T3Q5fVhoXFIsywOmJh-4zuxCACLcB/s400/zahidhamidi%2Bulualbab1.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-CNMjDGeqPoM/WOxaVXQ3XWI/AAAAAAAADaA/2tVXDxB9T3Q5fVhoXFIsywOmJh-4zuxCACLcB/s72-c/zahidhamidi%2Bulualbab1.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/tpm-beri-peringatan-jangan-campur.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/tpm-beri-peringatan-jangan-campur.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy