Speaker jawab kenapa tangguh perbahasan RUU 355

Belum pun sempat Ahli Parlimen Marang DS Abdul Hadi Awang membentangkan RUU355,sekelompok 'ungka' yang dikepalai oleh Lim Kit Sia...


Belum pun sempat Ahli Parlimen Marang DS Abdul Hadi Awang membentangkan RUU355,sekelompok 'ungka' yang dikepalai oleh Lim Kit Siang bangun dan mempersoalkan pembentangan RUU355.Nampak sangat mereka ini rasis dan tak menghormati perundangan Islam.

Yang paling kecewa apabila orang melayu yang bergelar Islam turut tidak bersetuju,bagi Pandikar Amin dia dah tahu taktik permainan puak pembangkang yang hendak provok akta RUU itu.Bila dibuka untuk dibahas,bukan meraka bahas tapi memperlekehkan undang-undang Islam.

Sudah jelas apabila Ahli Parlimen Marang dan juga Ahli Parlimen Kota Baharu memperjelaskan dengan terperinci tatacara undang-undang Islam yang tidak langsung ada kena mengena dengan orang bukan Islam.Kenapa mereka  melatah?


7 APRIL : Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak mahu ahli-ahli parlimen membahaskan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355  dalam keadaan beremosi dan mempunyai agenda politik masing-masing ketika beliau membuat keputusan menangguhkan perbahasan RUU itu di Dewan Rakyat, semalam.

Ini juga bagi memberi lebih masa kepada ahli-ahli Yang Berhormat meneliti RUU itu sebelum berbahas pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

“Saya rasa PAS pun nak RUU mereka dibahas dan diundi, mereka juga mahu sokongan dari komponen lain dalam parti pakatan. Tetapi saya ada hak untuk tangguhkan persidangan, ini bukan bermakna mereka tidak dapat berbahas pada masa akan datang.

“Tapi saya tahu hujah yang mereka kemukakan (jika dibenarkan berbahas semalam) adalah mengikut perasaan dan agenda politik semata-mata. Saya tak ada agenda politik,” katanya ketika media selepas merasmikan seminar Wanita dan Pembangunan anjuran Commonwelth di Parlimen, Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan beberapa pihak yang menyatakan perjalanan Dewan Rakyat ketika Ahli Parlimen PAS Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang membetangkan RUU 355, semalam sudah dirancang terlebih awal untuk tidak membenarkan mana-mana ahli parlimen khususnya pembangkang berbahas.

Bagaimanapun Pandikar Amin berkata,  sebagai Speaker Dewan Rakyat, beliau hanya menjalankan tugas supaya  persidangan berjalan dengan baik dan lancar.

“Saya hanya mahu persidangan berjalan dengan lancar, terpulang kepada siapa sahaja yang nak membuat sebarang spekulasi, saya tak kisah langsung.

“Pada saya, saya dah cukup adil sebab ada juga ahli parlimen BN (Barisan Nasional) yang nak berbahas tapi tak dapat berbahas juga, jadi saya tak puaskan hati mana-mana pihak.

“Maka kalau semuan yang hadiri itu tidak bersetuju dengan saya maka itu lah yang paling adil untuk saya,” ujarnya lagi.

Semalam selepas 30 minit ahli parlimen pembangkang menghalang Abdul Hadi membentangkan RUU itu, akhirnya beliau meneruskan perbahasan selepas diarahkan Pandikar Amin.

Antara yang cuba menghalang termasuk ahli parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang dengan menggunakan ‘Point of Order’ mempersoal tindakan Speaker kerana menolak notis yang dihantar pada 17 Februari lalu dengan alasan penolakan tersebut sepatutunya dibuat oleh Setiausaha Dewan Rakyat, bukannya Speaker.

Selepas Pandikar Amin menjawab persoalan Kit Siang, ahli parlimen pembangkang lain turut bangun menyatakan ‘Point of Order’ meskipun dihalang Speaker.

Antaranya, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen PKR Gopeng, Lee Boon Chye, Ahli Parlimen PKR Gooi Hsiao Leung, Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M. Kulasegaran dan Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuriraani a/p Patto.

Sebaliknya, ahli parlimen pembangkang Melayu sama ada dari PKR dan PAN hanya diam membisu dengan membiarkan rakan sekutunya bangun menentang dan terus mengasak Speaker serta ahli parlimen Marang tersebut.

Ketika Speaker menangguhkan persidangan, ahli parlimen PAN Shah Alam Khalid Samad mempersoalkan tindakan Pandikar yang disifatkan tidak adil kerana hanya membenarkan Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengemukakan hujah.

Manakala, ahli parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli turut mempersoalkan tindakan Pandikar yang seharusnya memberi peluang kepada ahli parlimen daripada Pakatan Harapan berhujah.

Sewaktu kekecohan berlaku, ahli parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua menghina Pandikar Amin sebagai pengecut.

Tindakan biadap ahli-ahli parlimen pembangkang itu menjadi tular di media social dan mendapat kecaman orang ramai terutama masyarakat Islam.

-sumber Bnbbc

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Speaker jawab kenapa tangguh perbahasan RUU 355
Speaker jawab kenapa tangguh perbahasan RUU 355
https://2.bp.blogspot.com/-lQN5JbomrSs/WOc5D8pDWpI/AAAAAAAADZE/PL0nKWjCW-E7ElvPxTwdOXGB0JlGj2ZzQCLcB/s400/Pandikar-Amin-Mulia-MyKMU-M-600x359.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-lQN5JbomrSs/WOc5D8pDWpI/AAAAAAAADZE/PL0nKWjCW-E7ElvPxTwdOXGB0JlGj2ZzQCLcB/s72-c/Pandikar-Amin-Mulia-MyKMU-M-600x359.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/speaker-jawab-kenapa-tangguh-perbahasan.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/speaker-jawab-kenapa-tangguh-perbahasan.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy