Rumah Taraf Kondo Bayaran Sewa Hanya RM500 Di...

Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah tipu rakyat dalam menyediakan kemudahan dan pembangunan untuk dinikmati bersama oleh semua golonga...


Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah tipu rakyat dalam menyediakan kemudahan dan pembangunan untuk dinikmati bersama oleh semua golongan masyarakat di negara ini.

Ini adalah kerana kerajaan sentiasa memikirkan hak dan keperluan rakyat tanpa membezakan latar belakang dengan prinsip dan amalan itu sentiasa menjadi pegangan BN.

Rakyat perlu melihat dan menilai pembangkang dalam merealisasikan impian masyarakat,adakah terlaksana apa yang mereka pernah janjikan? Yang ada hanyalah omong-omong kosong sahaja.

KUALA LUMPUR 17 April - Dengan kadar hanya RM500 sebulan, orang ramai khususnya golongan berpendapatan sederhana akan mampu menyewa kediaman bertaraf kondominium di tengah-tengah ibu negara tidak lama lagi.

Kediaman yang dinamakan Pang­sapuri Bandaraya @ Sungai Udang, Segambut itu dimajukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lum­pur (DBKL) dengan kerjasama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tem­patan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek yang disifatkan berkonsep luar bia­sa itu merupakan yang pertama kali diperkenalkan oleh kerajaan.

Menurutnya, orang ramai per­lu membayar RM800 sebulan ia­­itu RM500 untuk sewa dan RM300 sebagai simpanan yang akan di­pulangkan selepas tamat tempoh sewaan selama lima tahun.

“Projek ini cukup unik dan krea­tif, RM500 saja sewa di tengah-tengah Kuala Lumpur dan 10 ke 15 minit dari pusat bandar. Biasanya sewa untuk kediaman jenis ini sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.

“Selain itu, penyewa perlu menabung RM300 sebulan dan selepas lima tahun, simpanan RM18,000 ini akan dipulangkan kepada penyewa dan boleh dijadikan deposit untuk membeli rumah sendiri,” katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Pe­cah Tanah Pangsapuri Bandaraya @ Sungai Udang, Segambut di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Ke­sejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib menambah, beliau yakin projek tersebut akan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai terutama golongan berpendapatan isi rumah RM10,000 sebulan ke bawah.

Projek bernilai kira-kira RM345 juta yang dijangka siap penghujung 2019 itu mengandungi 1,251 unit apartmen berkeluasan kira-kira 75 meter persegi dengan dua blok setinggi 32 tingkat dan satu blok 34 tingkat.

Selain blok lima tingkat untuk tempat letak kereta, projek berke­naan turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kolam renang, surau, dewan dan kedai.

-utusan


COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Rumah Taraf Kondo Bayaran Sewa Hanya RM500 Di...
Rumah Taraf Kondo Bayaran Sewa Hanya RM500 Di...
https://4.bp.blogspot.com/-gVv7tMYVpnY/WPW9_0CsxUI/AAAAAAAADiA/DCFsRHZWnA0YvciXvqq-qMALqIps2ZmKQCLcB/s400/image.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-gVv7tMYVpnY/WPW9_0CsxUI/AAAAAAAADiA/DCFsRHZWnA0YvciXvqq-qMALqIps2ZmKQCLcB/s72-c/image.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/rumah-taraf-kondo-bayaran-sewa-hanya.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/rumah-taraf-kondo-bayaran-sewa-hanya.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy