Rafizi Perlu Akui PKR Terima Dana Daripada John Soh

Kununnya, Rafizi Ramli menentang rasuah dan menentang pembaziran yang melibatkan wang rakyat. Dan konon-kononnya juga, dia mempunyai bukt...


Kununnya, Rafizi Ramli menentang rasuah dan menentang pembaziran yang melibatkan wang rakyat. Dan konon-kononnya juga, dia mempunyai bukti serta hujah-hujah yang langsung tidak dapat dilawan. Seolah-olah dia adalah ‘master dedah’ segala keburukkan kepimpinan kerajaan.

Namun jika ditanya kepada para pemerhati politik mengenai pembohongan, nama Rafizi pastinya akan menyusul selepas perkataan ‘berbohong’ itu. Menandakan Rafizi dan pembohongan bukannya sesuatu yang boleh dipisahkan.

Jika di luar, Rafizi akan bersungguh-sungguh berbohong dan memfitnah seolah-olah dia sedang mengucapkan fatwa yang hukumnya wajib dipercayai dan diikuti. Namun apabila berada di mahkamah, Rafizi akan berdalih kononnya dia hanya bergurau dan menggunakan hujah, mengkritik kerajaan tidak salah dan dibenarkan oleh undang-undang, walaupun kes yang dihadapinya adalah kes memfitnah individu!

Bekas ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin menyanggah penafian Rafizi Ramli berhubung isu dana kepada parti daripada seorang individu bernama John Soh dan mendedahkan jutawan itu sebenarnya penyumbang dana terbesar kepada parti pembangkang tersebut.


Badrul Hisham atau Chegubard mendesak supaya kepimpinan PKR terdahulu dan sedia ada menjelaskan adakah benar sejumlah RM26 juta wang daripada individu itu diberikan kepada parti.

“Datuk Zaid Ibrahim, Rafizi, Nurul Izzah, Datuk Saifuddin Nasution harus tampil menjelaskan adakah benar John Soh memberikan wang sebegitu banyak dengan jumlah hampir RM26 juta kesemuanya.

“Malah Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) juga perlu tampil kerana dikaitkan menerima dana yang jauh lebih besar dari nama yang disebut sebelumnya,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini di blognya.

John Soh kini sudah tidak boleh dihubungi kerana sedang meringkuk dalam penjara Singapura.

Badrul Hisham kemudiaan mendedahkan hubung kait John Soh dengan PKR secara terperinci, malah mengenali individu tersebut secara peribadi.

“Siapa dia John Soh? Jujurnya, saya kenal John Soh secara peribadi. Saya pernah beberapa kali duduk bersama untuk makan tengahari, minum petang dan naik kereta bersama ketika saya menjadi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.

“Peranan John Soh pada satu ketika dalam ‘circle Anwar’ amat kuat sehingga dia pernah beberapa kali hadir dan duduk dalam mesyuarat MPP PKR. Perkara ini saya pernah tegur secara terbuka dalam mesyuarat kerana bagi saya MPP ialah medan tertinggi PKR dan seharusnya tidak terbuka kepada kawan-kawan nak hadir suka-suka.

“Selepas itu Anwar secara peribadi memanggil saya meminta saya memahami keadaan kerana kononya John Soh punya ‘networking’ tertentu yang sangat diperlukan bagi strategi politik pada ketika itu. Malah selepas teguran saya John Soh secara rasmi dilantik sebagai anggota Biro Politik bagi menghalalkan kehadiran beliau dalam semua mesyuarat parti,” katanya lagi.

Menurut Badrul Hisham, memang bukan misteri, John Soh menjadi penyumbang kepada PKR.

“Seingat saya sebahagian besar perbelanjaan menyiapkan pengubahsuaian Ibu Pejabat Parti ketika itu ditanggung John Soh, malah ketika Datuk Salehuddin Hashim menjadi Setiausaha Agung PKR kertas cadangan menyiapkan pejabat PKR negeri seluruh negara diajukan kepada John Soh dan John Soh bersetuju menyumbang dana.

“Ketika itu imej dan pengurusan perjalanan pengurusan PKR sangat berimej korporat dan sangat baik,” ujarnya.

Beliau kemudiaan mengimbau kembali semasa zaman Zaid Ibrahim berada dalam PKR di mana beliau rapat dengan John Soh tetapi Anwar kemudiaan memberikan arahan yang pelik kepadanya supaya mengalihkan sokongan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa pemilihan parti bagi jawatan timbalan presiden.

“Zaid Ibrahim masuk PKR dan dia kemudian rapat dengan kelompok ‘circle Anwar’ sebelah John Soh ini. Namun Anwar punya karakter yang pelik, Zaid Ibrahim diherokan sehinggalah ketika pemilihan parti 2010 ketika Zaid membuat keputusan melawan Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden tiba-tiba Anwar memanggil saya dan meminta saya menyokong Azmin kononnya kerana katanya Zaid Ibrahim sedang dibantu (didanai) oleh orang yang rapat dengan Daim (Tun Daim Zainuddin) dan Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) bagi mengambil alih PKR.

“Saya berhujah sehingga mengheret nama John Soh, yang mana saya sebut ketika saya mempersoalkan kenapa John Soh hadir dalam mesyuarat majlis tertinggi Anwar sendiri memanggil dan meminta saya yakini bahawa John Soh ikhlas mahu menjatuhkan BN (Barisan Nasional),” katanya. Mg


COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Rafizi Perlu Akui PKR Terima Dana Daripada John Soh
Rafizi Perlu Akui PKR Terima Dana Daripada John Soh
https://1.bp.blogspot.com/-GjZs2-lxWSQ/WO2Lq9TFlpI/AAAAAAAADbI/hW-v3p4sxz83KfeD9-_AWVWenvK9G1fTQCLcB/s400/cg%2Bbard.jpeg
https://1.bp.blogspot.com/-GjZs2-lxWSQ/WO2Lq9TFlpI/AAAAAAAADbI/hW-v3p4sxz83KfeD9-_AWVWenvK9G1fTQCLcB/s72-c/cg%2Bbard.jpeg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/rafizi-perlu-akui-pkr-terima-dana.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/rafizi-perlu-akui-pkr-terima-dana.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy