Qandeel Baloch atau Kim Kardashian Pakistan Mati Dibunuh Abang Sendiri

Seorang model media sosial terkenal yang berasal dari Pakistan Qandeel Baloch,26 tahun atau dikenali sebagai 'Kim Kardashian'tel...



Seorang model media sosial terkenal yang berasal dari Pakistan Qandeel Baloch,26 tahun atau dikenali sebagai 'Kim Kardashian'telahmati dibunuh oleh abangnya sendiri yang disifatkan 'pembunuhan demi menjaga maruah keluarga'.

Menurut laporan akhbar The Express Tribune, Qandeel dicekik selepas bertengkar dengan abangnya pada Jumaat dan mayatnya hanya ditemui pada awal pagi sabtu dan polis telah mengesahkan kematian Qandeel.

Sumber keluarga memaklumkan pertengkaran Qandeel dan abangnya berpunca daripada tindakannya memuat naik gambar kontroversi ke internet dan abangnya meminta Qandeel berhenti menjadi model.

Susulan pembunuhan itu, pihak berkuasa kini menahan kedua ibubapa Qandeel, manakala abangnya melarikan diri.

Sebelum dibunuh, Qandeel dilaporkan melarikan diri dari Karachi ke Punjab kerana menerima ancaman gara-gara sikapnya yang dikatakan terlalu liberal.

Video Qandeel dengan aksi kontroversi menjadi viral pada 2014, sekaligus membolehkan beliau mengecap populariti dalam sekelip mata.

Qandeel gemar memuat naik gambar ke media sosial, termasuk dengan ulama terkenal Pakistan.

Jolokan Kim Kardashian Pakistan yang diberikan kepada Qandeel adalah kerana populariti yang diraih mirip selebriti itu - 'selfie' provokasi, kegigihannya mengejar populariti, dan cara dia meraih populariti dengan video kontroversi.

Pembunuhan Qandeel bukan kes pembunuhan pertama demi menjaga nama baik keluarga.

Ratusan lagi wanita dibunuh setiap tahun di negara itu atas sebab yang sama.


COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Qandeel Baloch atau Kim Kardashian Pakistan Mati Dibunuh Abang Sendiri
Qandeel Baloch atau Kim Kardashian Pakistan Mati Dibunuh Abang Sendiri
https://4.bp.blogspot.com/-UZ3TLLg-Zo8/WO70v0rXF9I/AAAAAAAADcw/3GvoEhaQxbsouYsnO36h17wi9XoxahoNACLcB/s400/kim.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-UZ3TLLg-Zo8/WO70v0rXF9I/AAAAAAAADcw/3GvoEhaQxbsouYsnO36h17wi9XoxahoNACLcB/s72-c/kim.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/qandeel-baloch-atau-kim-kardashian.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/qandeel-baloch-atau-kim-kardashian.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy