PEMBANGKANG TIDAK PERLU SIBUK HAL HISHAMUDDIN, SELESAIKAN DULU HAL KEPIMPINAN SENDIRI

Di Malaysia sebagai negara “highly political” apa sahaja tindakan diambil akan ada sahaja interpretasi yang akan muncul mengikut versi ya...


Di Malaysia sebagai negara “highly political” apa sahaja tindakan diambil akan ada sahaja interpretasi yang akan muncul mengikut versi yang diolah sendiri oleh mereka mereka yang menyampaikan.

Akibat terlalu dijamah dengan politik melampau dan berlebihan, di Malaysia, kemalangan jalanraya pun akan dikaitkan dengan politik.

Tidak seperti di negara Amerika misal nya, sebaik sahaja habis pilihan raya Presiden, rakyat Amerika “go about” rutin harian mereka seperti biasa.

Di Malaysia kerana ada parti seperti DAP yang mana kepimpinan mereka ghairah beragenda melampaui batas maka penyokong mereka terikut ikut mempolitikkan segala perkara.

Akibatnya , satu puak yang terasa diserang dan di provok bertindak balas, akhirnya yang rugi adalah pihak pembuat provokasi juga kerana apabila kemalangan jalan raya yang biasa tetapi membabitkan kaum mereka akan dapati kemalangan itu sebagai peluang serang balas.

Inilah harga yang perlu mereka bayar, kerana mereka sendiri yang mendidik rakyat bersikap tidak bertoleransi dan tidak bersikap harmoni.

Terkini, perlantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussin sebagai Menteri Tugas Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri juga telah cuba di politikkan dengan cara negatif oleh pihak pembangkang.

Pihak pembangkang telah dengan segera mentafsirkan ia seolah olah satu tindakan Datuk Seri Najib untuk mempersiapkan Hishammuddin sebagai menggantinya.

Malah salah seorang dari mereka menyatakan Datuk Seri Zahid Hamidi perlu risau akan perlantikan ini.

Ini menunjukkan mereka mengandaikan Datuk Seri Najib menyediakan Hishammuddin sebagai pengantinya.

Salah seorang dari mereka pula menafsirkan perlantikan ini sebagai Hishammuddin bakal memintas Datuk Seri Zahid Hamidi dalam heiraki UMNO.

Inilah dia pembangkang, kerana malas berbakti kepada rakyat yang memilih mereka dikawasan mereka, lalu mereka sibuk kan diri dengan isu isu sebegini untuk tunjuk keujudan mereka.

Tambah lagi , kerajaan Barisan Nasional amat efektif dalam kerja membela rakyat lalu mereka hanya perlu goyang kaki sahaja.

Sebenarnya, perlantikan ini adalah amalan biasa yang pernah terjadi dizaman Tun Mahathir , Abdullah Badawi dan kini kerajaan Datuk Seri Najib.

Individu individu seperti Tun Daim, Effendi Norwawi dan beberapa orang lain juga pernah “involve” didalam situasi sebegini. Ia biasa sahaja.

Terkadang , misalnya kapasiti jawatan Menteri di Kementerian lain tidak boleh beroperasi membabitkan kos kementerian lain untuk tugas “khas” yang diberi.

Mislanya jika Hishammuddin membantu Datuk Seri Najib dalam urusan khas yang bukan berkaitan Pertahanan , maka kos menjalankan tugas itu tidak boleh dibayar oleh Kementerian Pertahanan.

Maka dengan perlantikan kepada portfolio ini secara rasmi , apabila Hishammuddin menjalankan kerja mewakili Perdana Menteri dalam urusan kenegaraan ia boleh di letakkan di dalam peruntukan khas untuk portfolio ini dan bukan Kementerian Pertahanan.

Apa yang menarik dalam isu perlantikan Hishammuddin ini adalah tabiat ahli pembangkang yang terlebih sudu dari kuah.

Dalam mereka sentiasa sibuk dengan hal kepimpinan Barisan Nasional, mereka terlupa  bahawa mereka belum lagi cuci najis di punggung mereka.

Pakatan Harapan sehingga ditulis ini masih belum benar benar ada nama untuk memimpin mereka. Ini amat merbahaya kepada negara jika mereka berjaya mengambil alih pentadbiran.

Sehingga kini mereka perjudikan kesejahteraan rakyat.

DAP yang memegang kerusi terbanyak enggan meletakkan nama Lim Kit Siang sebagai pemimpin nombor satu pembangkang kerana tidak mahu penggundi Melayu melihat DAP mengusai pembangkang.

Sambil itu mereka menamakan Wan Azizah pula, walaupun semua keputusan yang dibuat oleh Wan Azizah tidak pernah mendapat persetujuan pihak seperti Tun Mahathir.

Sambil itu nama calon Perdana Menteri pula di kosongkan sehingga mereka menang PRU14. Ini ada lah atas kehendak Tun Mahathir.

Tetapi kehendak Tun Mahathir disangkal oleh DAP dengan berkata Tun Mahathir tiada hak menentukan.

Maka jelas lah pembangkang sebenar nya menghadapi krisis kepimpinan amat teruk.

Negara sebenarnya menempah kerosakan jika Pakatan Harapan mereka menang.

Sedangkan sebagai pembangkang pun mereka sangat “damaging” kepada negara apatah lagi sebagai pemimpin.

Maka elok sangat lah Pakatan Harapan selesai kan masalah kepimpinan mereka terlebih dahulu dari sibuk membuat andaian kepada perlantikan Hishammuddin.

-tv14

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: PEMBANGKANG TIDAK PERLU SIBUK HAL HISHAMUDDIN, SELESAIKAN DULU HAL KEPIMPINAN SENDIRI
PEMBANGKANG TIDAK PERLU SIBUK HAL HISHAMUDDIN, SELESAIKAN DULU HAL KEPIMPINAN SENDIRI
https://3.bp.blogspot.com/-vYy4NHulyJo/WO77Rf35DOI/AAAAAAAADdI/ErEhEttWHvIISk5x_CH0m95JfSSLa3qoACLcB/s400/Hishamuddin-Zahid-Najib-506x340.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-vYy4NHulyJo/WO77Rf35DOI/AAAAAAAADdI/ErEhEttWHvIISk5x_CH0m95JfSSLa3qoACLcB/s72-c/Hishamuddin-Zahid-Najib-506x340.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/pembangkang-tidak-perlu-sibuk-hal.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/pembangkang-tidak-perlu-sibuk-hal.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy