Pelajar Tahfiz Adik Mohd Thaqif Meninggal Dunia Alfatihah

Kisah Thaqif Amin yang dimasukkan ke hospital Rabu lepas, menjadi tular di media sosial. JOHOR BAHRU 26 April - Pelajar madrasah tahfi...


Kisah Thaqif Amin yang dimasukkan ke hospital Rabu lepas, menjadi tular di media sosial.

JOHOR BAHRU 26 April - Pelajar madrasah tahfiz swasta, Mohd. Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, yang kedua belah kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman telah meninggal dunia, sebentar tadi.

Bapanya, Mohd. Ghaddafi Mat Karim, 43, mengesahkan perkara itu dan memberitahu anaknya meninggal dunia pada pukul 2.05 petang, tadi.

Akhbar sebelum ini melaporkan kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif Amin yang bertukar lebam terpaksa dipotong hingga paras betis setelah dijangkiti kuman dan darah beku.

Ibu pelajar terbabit, Felda Wani Ahmad, 40, mendakwa anak ketiga daripada lima beradik itu beberapa dipukul dengan paip getah oleh seorang pembantu warden pusat madrasah tahfiz berkenaan.

Ibu saudara kepada pelajar tahfiz yang didera di sini mendedahkan Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi sudah menderita sejak bulan lalu.

Dzuraidah Ahmad berkata anak saudaranya itu dipukul tanpa sebab dan segalannya dicatat dalam diari pelajar malang itu.

“Anak saudara saya beritahu kadang-kadang dia dan rakan-rakannya secara sukarela menawarkan diri menjadi orang pertama dipukul.

“Kerana mereka mahu tidur awal disebabkan terpaksa bangun pada pukul 3 pagi untuk solat.

“Dia menulis dipukul tanpa sebab dan sudah tidak mampu bertahan dengan apa yang berlaku.

Kelmarin doktor yang merawat Thaqif Amin di Hospital Sultan Ismail di sini mengesan darah beku di lengan kirinya.

Murid berusia 11 tahun itu mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak dua minggu lalu dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden.

Kedua-dua kakinya itu kemudian terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak.

Kelmarin, pembantu warden tersebut direman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Dzuraidah, 38, berkata menerusi diari berkenaan, Thaqif Amin menulis punggungnya pernah dipukul selepas mencuci beberapa biji cawan arahan pembantu warden.

“Ya Allah, bukakanlah pintu hati ibu bapaku untuk membenarkanku berpindah ke sekolah lain kerana aku sudah tidak tahan lagi.

“Tolonglah Ya Allah, semoga permintaanku ini dimakbulkan,” tulis Thaqif Amin dalam diari itu. 

Susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa di Balai Polis Ulu Tiram pada 18 April lalu, polis menahan lelaki berusia 29 tahun itu bagi membantu siasatan.

Pagi ini, doktor di Hospital Sultanah Ismail (HSI) sepatutnya melakukan pembedahan tangan kanan Mohd. Thaqif Amin, tetapi terpaksa ditangguh ekoran keadaan jantungnya yang tidak stabil. - sumber



COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Pelajar Tahfiz Adik Mohd Thaqif Meninggal Dunia Alfatihah
Pelajar Tahfiz Adik Mohd Thaqif Meninggal Dunia Alfatihah
https://4.bp.blogspot.com/--i1xFIy0Y3A/WQBWhe4yviI/AAAAAAAADnU/e5_WB7ZH4d8wk4QwL3lgRoNkkzh8i3lUQCLcB/s400/thaqif.jpg
https://4.bp.blogspot.com/--i1xFIy0Y3A/WQBWhe4yviI/AAAAAAAADnU/e5_WB7ZH4d8wk4QwL3lgRoNkkzh8i3lUQCLcB/s72-c/thaqif.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/pelajar-tahfiz-adik-mohd-thaqif.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/pelajar-tahfiz-adik-mohd-thaqif.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy