Melayu Sanggup Jual Maruah Sembah DAP Dari Perkasakan Undang Islam

Demi kedudukan,melayu yang berstatus Islam sanggup letakkan maruah mereka kebawah untuk menghasratkan impian ketua pembangkang mereka ter...


Demi kedudukan,melayu yang berstatus Islam sanggup letakkan maruah mereka kebawah untuk menghasratkan impian ketua pembangkang mereka tercapai.

Sudah terbukti bahawa Dap adalah sebuah parti anti Islam yang menentang apa juga berkaitan dengan Islam.Mereka suka melakukan provokasi bila bercakap tentang Islam.

Pembentangan RUU355 minggu lepas sudah terbukti bahawa Dap dan sekutunya cuba mematahkan perbentangan agar tidak diteruskan.Boleh dikatakan apa sahaja perkara berkaitan cara Islam pasti akan dilawan oleh parti rasis dan cauvinis Dap.

Menyelusuri kembali  sejarah ketika Pengisytiharan Negara Islam oleh UMNO pada 29 September 2001 telah menyebabkan berlakunya penentangan berterusan oleh DAP terhadap orang Melayu Islam. Berbagai helah dan fitnah dilemparkan terhadap Islam dan bangsa Melayu.

Tidak senang dengan pengisytiharan itu, DAP lantang menentang kerana padanya, Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara sekular. Kekal sekular bermakan DAP boleh melakukan perlanggaran  tatatusila kehidupan semua masyarakat  dan etnik dalam Negara ini termasuk agama anutan orang lain.

Tindakan  DAP untuk mengekalkan Malaysia sebagai Negara sekular adalah diantara agenda yang  telah lama dirancang untuk membawa satu fahaman kesamarataan  agar ianya terus diterima oleh masyarakat Malaysia.

Kesamarataan yang akan menjadikan semua kaum, agama dan mengiktiraf segala  bentuk anutan dan kemungkaran termasuk LGBT. Sekarang sebilangan dari Melayu PKR , PAN dan BERSATU  telah  menjadi sebahagian dari mereka yang menentang Islam dalam Negara ini.

Penentangan yang berterusan oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh UMNO telah menjadikan DAP seolah-olah berada disatu bentuk politik yang mempunyai persamaan seperti Israel yang melakukan penentangan  terhadap warga Palestin.

Bagi DAP, Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara sekular. DAP memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1983 sebagai hujah utama untuk menolak sebarang perkataan Negara Islam ke atas Malaysia. “Don’t turn Malaysia into an Islamic State.”

Kempen ini terus  digunakan sebagai senjata dalam kempennya kepada masyarakat Cina. DAP melancarkan kempen, No to 911, No to 929, Yes to 1957 sebagai membantah keras sebarang usaha menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Namun pada masa yang sama kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO terus melakukan pemerkasaan terjadap syiar Islam dalam Negara ini.  Berbagai program , konvensyen  Islam dibuat dalam Negara ini. Salah satu yang paling popular ialah dimana  kerajaan telah menjemput ulama-ulama tersohor dunia memberikan penerangan konsep Negara Islam

Hari ini kita sedang melihat bagaimana DAP sedang menunjukkan taring mereka dalam memastikan Islam dan bangsa Melayu terkubur di Tanah Melayu yang mana  agenda  menjadikan Negara ini sebuah republik akan diteruskan dengan sokongan  dana dari luar Negara.

Apakah penyokong DAP yang terdiri dari kalangan bangsa Melayu terus memberikan sokongan terhadap PKR, PAN dan PPBM yang mana nyata telah bersekongkol dengan DAP untuk melakukan penentangan terhadap Islam?

Jika perkara ini berlaku maka, dimata penyokong DAP berbangsa Melayu ini hanya melihat politik  chauvanis DAP lebih mulia dari kedaulatan Islam  dan  bagi penyokong Melayu DAP melihat pernentang Islam itu mesti dilakukan hanya kerana DAP.


Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa Rang Undang-Undang Syarie (RUU355) secara persendirian. Halangan yang muncul adalah dari Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang serta beberapa orang lagi Ahli Parlimen dari DAP dan juga pembangkang.

Cukup menghairankan, kenapa Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen DAP yang lain cukup beriya-ia mahu menghalang RUU355 ini dibentangkan? Melihat kepada reaksi yang ditampilkan oleh Ahli Parlimen DAP ini, RUU355 ini seolah-olah akan turut melibatkan mereka.

DAP  cukup bersungguh-sungguh mahu membatalkan pembentangan RUU355 ini. Berbagai helah dilakukan untuk menghalang pembentangan RUU355 sebagai satu langkah memperkasakan syariah Islam yang hanya termaktub terhadap orang Islam sahaja.

Ahli Parlimen Melayu dari pihak pembangkang. Samada PKR, PAN mahupun PPBM, kesemua mereka juga dilihat sedaya upaya mahu mengganggu pembentangan RUU355 ini. Disini kita sedang ditunjukkan oleh Allah secara terbuka  siapakah yang selama ini dikalangan orang Melayu Islam yang telah melacurkan Islam sebagai jalan untuk mencapai cita cita politik dan memenuhi nafsu serakah mereka.

Justeru itu, penyokong Pakatan Harapan harus sedar bahawa dalam politik ada perkara yang boleh kita berkompromi, dan ada perkara yang kita mesti nyatakan pendirian kita dan sudah pastinya berkaitan dengan Islam yang Maha suci.

Menyokong atau bersekongkol mengenainya bersama DAP sekali gus menjadikan kita sebahagian daripada  mereka yang mahu menghancurkan Islam.  Demi Islam penyokong Pakatan Harapan mesti  menghukum DAP dengan tidak menyokong sekutu mereka  yang terdiri dari PKR, PAN dan BERSATU.


-sumber Umno Online

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Melayu Sanggup Jual Maruah Sembah DAP Dari Perkasakan Undang Islam
Melayu Sanggup Jual Maruah Sembah DAP Dari Perkasakan Undang Islam
https://2.bp.blogspot.com/-HfNfunFJrxs/WOxVRyfIHxI/AAAAAAAADZs/quwYbNQpZtgCo-iZdKqAis-eeSBpoUa4wCLcB/s400/Penyembah-DAP-300x169.jpeg
https://2.bp.blogspot.com/-HfNfunFJrxs/WOxVRyfIHxI/AAAAAAAADZs/quwYbNQpZtgCo-iZdKqAis-eeSBpoUa4wCLcB/s72-c/Penyembah-DAP-300x169.jpeg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/melayu-sanggup-jual-maruah-sembah-dap.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/melayu-sanggup-jual-maruah-sembah-dap.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy