Liverpool Berpeluang Ke Liga Juara

Penyerang Brazil, Roberto Firmino muncul wira Liverpool apabila jaringannya membantu The Reds menamatkan kesengsaraan selama lima tahun a...


Penyerang Brazil, Roberto Firmino muncul wira Liverpool apabila jaringannya membantu The Reds menamatkan kesengsaraan selama lima tahun apabila menang tipis 1-0 ke atas West Brom di gelanggang lawan.

Ini merupakan kali pertama The Reds menewaskan West Brom di The Hawthorns selepas kali terakhir mereka melakukannya dalam perlawanan Piala Liga pada September 2012 yang mana ketika itu Liverpool di bawah kendalian Brendan Rodgers.

Lebih manis lagi, kemenangan tersebut juga membolehkan Liver­pool mengukuhkan kedudukan mereka dalam kelompok empat pasukan terbaik dengan mengumpul 66 mata, sekali gus mengukuhkan peluang untuk ke Liga Juara-juara.

Skuad kendalian Jurgen Klopp mendominasi permainan apabila kerap melakukan asakan terhadap kubu lawan malah pada minit ke-15 The Reds hampir menembusi gawang lawan namun percubaan Firmino tersasar.

Pasukan tuan rumah tidak banyak melakukan asakan malah percubaan mereka mudah dipatahkan oleh pertahanan The Reds.

Penyerang dari Belgium, Divock Origi hampir menggandakan kedudukan bagaimanapun rembatannya dari luar kotak penalti berjaya dinafikan oleh penjaga gol The Baggies, Ben Foster pada minit ke-33.

Pasukan pelawat terpaksa me­nunggu hingga masa tambahan babak pertama untuk berada di depan hasil tandukan Firmino yang berpunca daripada sepakan bebas rakan sepasukan James Milner.

Apa yang menariknya dibabak kedua,penjaga gol West Brom,Foster lari meninggalkan pintu gawangnya untuk membantu rakan sepasukannya ketika sepakan penjuru dilakukan.

Dua kali Liverpool memiliki peluang keemasan untuk menjaringkan gol dan kerap melancarkan serangan untuk menggandakan jaringan bagaimanapun percubaan yang dilakukan gagal.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Liverpool Berpeluang Ke Liga Juara
Liverpool Berpeluang Ke Liga Juara
https://1.bp.blogspot.com/-UjUhPbINLcA/WPWAHzj3SDI/AAAAAAAADhQ/M-CSdKb_h5oiuWHpY6TR0iKuNmhvNCdoQCLcB/s400/the%2Breds.jpeg
https://1.bp.blogspot.com/-UjUhPbINLcA/WPWAHzj3SDI/AAAAAAAADhQ/M-CSdKb_h5oiuWHpY6TR0iKuNmhvNCdoQCLcB/s72-c/the%2Breds.jpeg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/liverpool-berpeluang-ke-liga-juara.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/liverpool-berpeluang-ke-liga-juara.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy