Lepas Habis RM300 Juta Kos Kajian Terowong,Kini Guan Eng 'Berdrama Untuk Jambatan Ketiga Pula'

Dramatic Action Politicians (Dap) hentikanlah membuat drama menipu rakyat Pulau Pinang dan berdolak dalik dengan pelbagai alasan berhubun...


Dramatic Action Politicians (Dap) hentikanlah membuat drama menipu rakyat Pulau Pinang dan berdolak dalik dengan pelbagai alasan berhubung pembinaan terowong dan jambatan ketiga.

Sekarang ini yang menjadi persoalan apa sebenarnya yang kerajaan Dap Pulau Pinang mahu buat… meneruskan pembinaan jambatan ketiga ataupun terowong dasar laut?

Sekiranya mahu meneruskan pembinaan jambatan ketiga maka hantarlah dokumen segera… jangan sekadar hanya melepas batuk ditangga dan Guan Eng juga perlu jawab bagaimana pula dengan kos yang telah dikeluarkan untuk kajian terowong dasar laut.

Cadangan pembinaan ‘Jambatan Ketiga’ dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah sesuatu yang amat menghairankan ini kerana cadangan itu tiba-tiba muncul setelah Guan Eng bersungguh-sungguh mempertahankan kewajaran dan keperluan pembinaan terowong bawah dasar laut bagi jajaran yang sama dari Bagan Ajam dan Persiaran Gurney atas alasan mahu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bahagian pulau.

Apa yang musykil mengapa secara tiba-tiba Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara tiba-tiba berubah hati mengenai terowong bawah dasar laut sekarang?

Apakah dapatan Kajian Kebolehlaksanaan yang 83 peratus siap dilaksanakan menunjukkan pembinaan terowong bawah dasar laut adalah tidak wajar dan tidak sesuai dilaksana atau dengan kata mudahnya ‘not feasible’?

Kerajaan Negeri digesa untuk menjelaskan sama ada Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu membayar ganti rugi atau pampasan kepada Konsortium Zenith-BUCG atau lain-lain syarikat pembinaan yang telah menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya cadangan pembinaan terowong bawah dasar laut itu dibatalkan.

Kerajaan Negeri juga perlu memperjelaskan kedudukan tanah seluas 110 ekar yang diperuntukkan sebagai bayaran kepada Konsortium Zenith-BUCG untuk pembinaan terowong bawah dasar laut dan tiga jalan utama sekiranya projek pembinaan terowong dibatalkan.

Guan Eng juga perlu melampirkan dapatan Kajian Kebolehlaksanaan Terowong Bawah Dasar Laut yang hampir siap kepada KKR nanti.

Justeru itu, Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang menggesa supaya semua persoalan yang dibangkitkan ini dan juga soalan-soalan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Abdul Rahman Dahlan dan juga Menteri KKR Datuk Sri Fadillah Yusof mengenai isu yang sama dijawab secara jelas dan khusus oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Persolan-persoalan yang dikemukakan kepada Kerajaan Negeri perlu dijawab dengan telus dan terang tanpa menyembunyikan atau menyelindungi sebarang butiran atau fakta kerana projek yang dicadangkan pembinaannya ini melibatkan harta rakyat dan kepentingan awam.

Kementerian Kerja Raya telahpun menunjukkan kesungguhan untuk membantu mengatasi masalah kesesakan yang dialami oleh Pulau Pinang tetapi kini kerajaan negeri pula yang seakan berdolak-dalik dan tidak berpendirian.

Asyik berbalas kenyataan dengan menteri buat apa… sekarang ini masalah dokumentasi dan ini jelas menunjukkan masalah berpunca daripada kerajaan negeri.

“Ini bukan projek cap ayam… jadi berhentilah tuding jari ke pihak lain dan tunjukkan kesungguhan segera.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Lepas Habis RM300 Juta Kos Kajian Terowong,Kini Guan Eng 'Berdrama Untuk Jambatan Ketiga Pula'
Lepas Habis RM300 Juta Kos Kajian Terowong,Kini Guan Eng 'Berdrama Untuk Jambatan Ketiga Pula'
https://3.bp.blogspot.com/-G1jGJDIBDik/WORr6lbixQI/AAAAAAAADXk/dpZICcNxKWozUlHYkKfPLhK7-iLtn3VngCLcB/s400/guan_eng_projek_terowong.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-G1jGJDIBDik/WORr6lbixQI/AAAAAAAADXk/dpZICcNxKWozUlHYkKfPLhK7-iLtn3VngCLcB/s72-c/guan_eng_projek_terowong.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/lepas-habis-rm300-juta-kos-kajian.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/lepas-habis-rm300-juta-kos-kajian.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy