Langkah Yang Tepat DS DR Ahmad Zahid Hamidi Tangguhkan #RUU164,Pembangkang Terus Kecewa.

Dalam masa puak pembangkang membantah RUU355 iaitu undang-undang mahkamah syariah,Ds Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menangguhkan RUU164.Ini a...


Dalam masa puak pembangkang membantah RUU355 iaitu undang-undang mahkamah syariah,Ds Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menangguhkan RUU164.Ini adalah suatu langkah yang tepat.Semalam kecoh di Dewan Rakyat selepas selesai pembentangan yg dibuat oleh MP Maran YB TG Haji Hadi dan hujah sokongan yg dibuat oleh MP Kota Bharu.

Sidang Parlimen bertukar menjadi kecoh apabila TS Speaker menangguhkan sidang parlimen dan perbahasan dan akan disambung pada sidang parlimen yang akan datang.

Serentak dengan pengumuman itu maka MP Pakatan Harapan bangkit membantah dan memaki hamun pada speaker.

Nampaknya bersungguh2 Ahli2 Parlimen dari Pakatan Harapan meroyan membantah RUU355 ini. Sedangkan RUU355 ini hanyalah untuk perkuatkan sistem Mahkamah Syariah saja dan orang bukan Islam takdak kena mengena pun dgn RUU355 ini.
Mungkin bagi orang Islam PPBM,PKR dan PAN merasa takut dengan RUU355 ini kerana bimbang dikenakan hukuman yg lebih berat lagi jika mereka ditangkap kerana melakukan kesalahan syariah.


Apa yang bakal berlaku andainya RUU 164 berjaya dipinda.

RUU 164 berkaitan dengan agama anak di bawah umur 18 tahun apabila salah seorang ibu atau bapanya mereka memeluk Islam. Akta ini menetapkan agama anak-anak tersebut  perlu kekal menganut agama asal pasangan tersebut ketika perkahwinan itu dilakukan.
Menerusi pindaan akta itu yang terkandung dalam Seksyen 88A (seksyen baharu), penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas mencapai usia 18 tahun dan perlu mendapat persetujuan ibu bapa anak terbabit.

Menurut Majlis Ulama Isma,  RUU 164 jelas bertentangan dengan islam. Menurut NGO Islam tersebut, Jumhur ulama silam, termasuklah dalam kalangan Mazhab Syafie, Hanbali serta Hanafi sendiri telah menetapkan secara jelas akan isu ini bahawa anak tersebut akan mengikut agama ibu atau bapa mereka apabila salah seorang daripada mereka memeluk agama Islam. Ianya adalah satu pandangan hasil menifestasi aqidah yang benar bahawa kedudukan Islam itu adalah yang tertinggi berbanding  agama lain.

Mengapa pembangkang dan puak penentang  yang cuba sabotaj RUU355 mendiamkan diri?
RUU 355 yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh YB Marang bertujuan untuk meningkatkan kadar hukuman dalam Akta 355 pindaan 1984 (semakan 1988) yang terpakai sekarang.

Andainya ia berjaya dipinda ia akan mengubah kadar hukuman yang dikenakan terhadap pesalah- pesalah daripada penjara 3 tahun kepada penjara 30 tahun, daripada 5 ribu ringgit denda kepada 100 ribu ringgit denda, daripada 6 kali sebatan kepada 100 kali sebatan menurut tatacara sebatan Syariah.
 
Pembentangan RUU 164 Ditangguhkan – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 6 April (Bernama) — Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164 ditangguhkan pada persidangan Parlimen sekarang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata langkah menangguhkan pindaan Akta 164 itu untuk memastikan ia tidak bercanggah dengan fatwa dan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau yang juga Ketua Whip Barisan Nasional berkata pindaan Akta 164 itu akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk membuat penelitian semula (berdasarkan maklum balas) yang diperoleh daripada pakar-pakar agama, badan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan individu.

“Walaupun penelitian sebelum itu telah dilakukan tetapi kerajaan berpendirian pindaan Akta 164 itu harus dilihat semula bagi menentukan ia tidak terus menjadi polemik yang akhirnya membawa kemudaratan kepada negara secara keseluruhan,” katanya.
 
Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas status Akta 164 dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini menggesa kerajaan menangguhkan pindaan Akta 164 itu kerana ada pindaannya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan hukum syarak serta dianggap memperlekeh dan menghina Islam.

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa kerajaan bukan beralah dalam isu berkenaan dan sentiasa komited dalam menjaga kepentingan dan hati semua kaum.

Ditanya jangka masa untuk akta itu siap diteliti, Ahmad Zahid berkata: “Itu terserah kepada Peguam Negara untuk meneliti aspek perundangan daripada pelbagai orang yang mempunyai komitmen untuk melihat akta itu.”

Kerajaan juga menyerahkan kepada Peguam Negara untuk menyelesaikannya dan dimuktamadkan sebelum dibentang ke Kabinet untuk kelulusan bagi membolehkan ia dibentangkan di Parlimen, katanya.

– BERNAMA

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,126,Nasional,132,Negeri,17,Politik,110,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Langkah Yang Tepat DS DR Ahmad Zahid Hamidi Tangguhkan #RUU164,Pembangkang Terus Kecewa.
Langkah Yang Tepat DS DR Ahmad Zahid Hamidi Tangguhkan #RUU164,Pembangkang Terus Kecewa.
https://2.bp.blogspot.com/-CGnTbfKDP6U/WOcDkDwUqTI/AAAAAAAADYQ/EH_oVLdpzyoHy-kV1B0SaHDRxv2Ya1LNACLcB/s400/1477_Nasional_Zahid-Hamidi-2-1-685x320-620x300.jpeg
https://2.bp.blogspot.com/-CGnTbfKDP6U/WOcDkDwUqTI/AAAAAAAADYQ/EH_oVLdpzyoHy-kV1B0SaHDRxv2Ya1LNACLcB/s72-c/1477_Nasional_Zahid-Hamidi-2-1-685x320-620x300.jpeg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/langkah-yang-tepat-ds-dr-ahmad-zahid.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/langkah-yang-tepat-ds-dr-ahmad-zahid.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy