Korea Utara letakkan Tenteranya Dalam Keadaan Berjaga-Jaga

TOKYO 18 April - Korea Utara mengeluarkan amaran keras iaitu anggota tenteranya telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga pada tahap ma...


TOKYO 18 April - Korea Utara mengeluarkan amaran keras iaitu anggota tenteranya telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga pada tahap maksimum selain mengancam untuk mengadakan ujian peluru berpandu ‘pada setiap minggu’.

Amaran dan ancaman itu ‘disuarakan’ oleh Kementerian Luar Korea Utara ketika Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence tiba di Jepun de­ngan komitmen memperbaharui keselamatan bagi meredakan ketegangan berhubung program senjata Pyongyang.

Di sebalik kebimbangan Pyongyang akan melancarkan ujian senjata nuklear keenam, Timbalan Menteri Luar Korea Utara, Han Song-ryol berkata, program persenjataan negara akan terus ditingkatkan.

“Kami akan menjalankan le­bih banyak ujian peluru berpandu, secara mingguan, bulanan dan tahunan. Dan, kami akan berperang berhabis-habisan jika AS mengambil sebarang tindakan ketenteraan terhadap kami,” kata Song-ryol dalam satu wawancara bersama BBC.

Kemarahan Pyongyang turut dinyatakan Timbalan Duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kim In-ryong yang menyatakan kesediaan Korea Utara untuk menyerang dalam pelbagai bentuk peperangan sebagai tindak balas.

“Jika AS berani mengambil tindakan ketenteraan, Korea Utara bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang bentuk perang yang diingini mereka. Malah, kami akan melancarkan tindak balas ketenteraan paling hebat ke atas pihak yang mencetuskan provokasi,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PBB di New York.

Pence sebelum ini memberi amaran kepada Pyongyang supaya tidak menguji kesabaran Washington.

Jelasnya, Presiden AS, Donald Trump mempunyai pesanan kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un supaya menjaga kelakuannya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pence yang tiba di Jepun hari ini memberi jaminan kepada Tokyo akan komitmen White House untuk menghalang cita-cita program senjata nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

“Era kesabaran strategik AS sudah berakhir dan ketika kesemua pilihan ke atas Pyongyang sudah tersedia, Presiden (Trump) berazam bekerjasama rapat dengan Jepun, Korea Selatan dan semua sekutu kami di rantau ini termasuk China bagi mencapai satu penyelesaian damai,” kata Pence.

Sementara itu, AS dilaporkan telah menghantar dua lagi kapal pengangkut pesawat perang ke Semenanjung Korea iaitu USS Ronald Reagan dan USS Nimitz yang akan ‘bergabung’ dengan kapal sama, USS Carl Vinson yang telah diletakkan di rantau itu baru-baru ini. – AFP/AGENSI

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,126,Nasional,132,Negeri,17,Politik,110,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Korea Utara letakkan Tenteranya Dalam Keadaan Berjaga-Jaga
Korea Utara letakkan Tenteranya Dalam Keadaan Berjaga-Jaga
https://3.bp.blogspot.com/-6fkyooQMkg4/WPbf3EwIWyI/AAAAAAAADjA/rnWn_bWjAlo6nF5SpyyLBeSXE84wBTblgCLcB/s640/image.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-6fkyooQMkg4/WPbf3EwIWyI/AAAAAAAADjA/rnWn_bWjAlo6nF5SpyyLBeSXE84wBTblgCLcB/s72-c/image.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/korea-utara-letakkan-tenteranya-dalam.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/korea-utara-letakkan-tenteranya-dalam.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy