Kenaikan Harga Barang Asbab Iman Dan Amal Yang Lemah

Dilihat setiap hari ada saja berita yang di viralkan oleh penulis alam maya berkenaan kenaikan harga barang dan minyak.Semua menyalahkan ...


Dilihat setiap hari ada saja berita yang di viralkan oleh penulis alam maya berkenaan kenaikan harga barang dan minyak.Semua menyalahkan kerajaan yang dikatakan menindas rakyat.

Dugaan yang Allah berikan adalah untuk kita lebih bertakwa dan beriman,supaya kita lebih dekat padanya.Jika dilihat pada masa kini,ramai yang merunggut tentang kos sara hidup,kenaikan barang,minyak dan lain-lain.Hal ini sememangnya dirasai oleh sesiapa pun tidak kira yang miskin ataupun yang kaya.

Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hinggalah dewasa. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan ALLAH kepada kita. Begitulah perangai kita yang tak ubah seperti kacang lupakan kulit.

Penulis ingin berkongsi sedikit pencerahan agar kita sama-sama dapat memperbaiki setiap amal kita agar diberkati oleh Allah swt.

Syeikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi (Rahmatullahi'alaih) adalah seorang da'i pengarang kitab Hayatussahabah dan terkenal dengan zuhud dan waraknya.

Telah berlaku kenaikan harga yang melampau di India pada tahun 1960an.

Orang ramai telah bertemu beliau dan mengadu tentang kenaikan harga dan kemahalan yang merosakkan keharmonian hidup,maka mereka bertanya kepada beliau;

"Adakah perlu kita melakukan revolusi menentang kerajaan dan membuat bantahan serta demonstrasi.."?

Demonstrasi adalah cara orang-orang yang batil (tidak berada di atas jalan yang benar).Manusia dan barang-barang di sisi Allah seperti dua belah neraca penimbang,sekiranya naik tinggi nilai manusia di sisi Allah dengan iman dan amal soleh,maka berkuranglah nilai barang.

Apabila kurang harga manusia di sisi Allah disebabkan dosa-dosa dan maksiat maka naiklah nilai barang dan bertambahlah harga lalu tersebarlah kemahalan".

Justeru,hendaklah kamu melaksanakan usaha atas iman dan amal soleh sehingga terangkat tinggi nilai kamu di sisi Allah dan berkuranglah harga-harga barang.

Janganlah kamu menakutkan manusia dengan kefakiran kerana ini adalah kerja syaitan maka janganlah kamu jadi dari kalangan tenteranya dalam keadaan kamu tidak sedar (akan kesalahan tersebut).

Demi Allah jika rezeki untuk seorang hamba dalam batu besar yang licin di dasar laut sekalipun pasti akan terbelah batu tersebut supaya disampaikan rezeki tersebut kepadanya.

"Kemahalan tidak boleh menyekat engkau dari rezeki yang Allah bawa kepada engkau.
Zat yang telah membuka mulutmu tidak akan melupakanmu".

Firman Allah SWT dalam surah Al-A'raf ayat 96 bermaksud; "Dan sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa,pasti kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi".

Dengan iman dan takwa akan datang kebahagiaan dalam masyarakat manusia yang akan tersebar kepada mereka nikmat dan kesenangan yang melimpah ruah.

Dan sebuah hadis sohih menyatakan bahawa Allah swt telah menetapkan segala-galanya,telah menentukan segala-galanya 50,000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi,mengapa dari awal-awal Allah swt telah menjamin rezeki mereka?Supaya manusia tidak terlalu risau mengenai rezekinya walaupun asbab rezeki itu perlu diusahakan perlu diikhtiarkan.

Namun di situ bukan tempat kekhuatiran,disitu bukan tempat kegelisahan kita.Kegelisahan kita "Adakah iman kita meningkat ataupun tidak?"

Kegelisahan kita (adalah) "Naik ataupun tidak iman kita?"Naik ataupun tidak amal kita?"Naik ataupun tidak tawakal kita?"Naik ataupun tidak sifat syukur dan sifat redha kita?"Naik ataupun tidak sifat zuhud dan qanaah kita?"Naik ataupun tidak sifat yakin dan juga sifat-sifat yang mulia yang Allah swt ingin tanamkan di dalam hati kita..sebelum kita berjumpa dengan Allah swt?"

Naik ataupun turunnya harga barang ia tidak memberi kesan kepada rezeki seseorang.Dan kemudian Rasulullah saw mengatakan....

"Jangan sehingga kesibukan dan perlumbaan kamu terhadap rezeki itu..menyebabkan kamu lalai dan juga leka terhadap mengapa kamu diciptakan oleh Allah swt diatas dunia ini".

"Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah swt..nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka..

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah swt dan mereka yang bertawakal kepada Allah swt,Allah swt akan cukupkan rezekinya dan Allah swt akan datang rezeki kepadanya yang tidak disangka-sangka."

Jadi sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada..jika rasa susah,periksa diri sendiri tahap keimanan kita bagaimana, itu yang perlu dirisaukan bukan harga barang.

-nasionalkini

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Kenaikan Harga Barang Asbab Iman Dan Amal Yang Lemah
Kenaikan Harga Barang Asbab Iman Dan Amal Yang Lemah
https://3.bp.blogspot.com/-W0QP_voscfA/WPg8Cp1VQMI/AAAAAAAADkE/JBrh2_KM0CQT0TUyLdj3p5R0sbQWCCt8wCLcB/s640/iman.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-W0QP_voscfA/WPg8Cp1VQMI/AAAAAAAADkE/JBrh2_KM0CQT0TUyLdj3p5R0sbQWCCt8wCLcB/s72-c/iman.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/kenaikan-harga-barang-asbab-iman-dan.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/kenaikan-harga-barang-asbab-iman-dan.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy