Keganasan Rumah Tangga Tidak Mengenal Jantina

Statistik kes keganasan rumah tangga yang dicatatkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan walaupun wa...


Statistik kes keganasan rumah tangga yang dicatatkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan walaupun wanita masih menjadi mangsa teramai keganasan rumah tangga, masih ada lelaki yang menjadi mangsa.

Baru-baru ini Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Keganasan Rumah Tangga 2017 dibentangkan di Parlimen, susulan peningkatan kes keganasan rumah tangga pada masa kini yang mencatat peningkatan mendadak sebanyak 15,617 kes bermula dari 2014 hingga Disember 2016.


Pada 3 April lalu, buat pertama kali di negara ini, isu hak dan kepentingan lelaki diketengahkan dalam kes keganasan rumah tangga selepas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim membentangkan pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga (1994) (Akta 152) di Parlimen.

Mungkin ramai yang memandang sinis usaha ini, tetapi statistik membuktikan, kaum lelaki yang dikaitkan dengan sifat dominan dan 'macho' juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

6 fakta hasil analisis statistik Kes Keganasan Rumah Tangga 2015

Buat pertama kali di negara ini, isu hak dan kepentingan lelaki diketengahkan dalam kes keganasan rumah tangga selepas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim hari ini membentangkan pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga (1994) (Akta 152) di Parlimen.

Mungkin ramai yang memandang sinis usaha ini, tetapi statistik membuktikan, kaum lelaki yang dikaitkan dengan sifat dominan dan 'macho' juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Berikut enam fakta hasil analisis statistik Kes Keganasan Rumah Tangga 2015 yang direkodkan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat:

1. Sikap panas baran, penagihan dadah, perselisihan faham dan masalah kewangan antara punca utama keganasan rumah tangga di kalangan keluarga Melayu.

2. Sikap panas baran, perselisihan faham dan pemabuk pula jadi punca keganasan rumah tangga keluarga India.

3. Walaupun sepatutnya menjadi teladan yang baik dan berupaya menjadi jururujuk yang berpengalaman, mertua terbukti berupaya menjadi penyebab keganasan rumah tangga. Meskipun jumlah kes campur tangan mertua tidak dominan seperti kes-kes lain, ia tetap memalukan dengan mertua kalangan keluarga India mencatatkan jumlah tertinggi penyebab keganasan rumah tangga dengan lapan kes, diikuti keluarga Melayu dan Cina.

4. Daripada 33 mangsa lelaki, seramai 23 ’dilindungi’ menerusi perintah perlindungan sementara akibat keganasan rumah tangga. Ini membuktikan, lelaki juga jadi mangsa salah laku dan tindakan ganas pasangan. 

5. Kebanyakan kes keganasan rumah tangga berbentuk ‘fizikal’ dan ia tidak mengenal jantina dengan, kedua-dua profil jantina merekodkan jumlah kes “sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal” paling banyak.

6. Tiada kes keganasan rumah tangga pada 2015 yang dirujuk ke Badan Pendamai.

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Keganasan Rumah Tangga Tidak Mengenal Jantina
Keganasan Rumah Tangga Tidak Mengenal Jantina
https://2.bp.blogspot.com/-EOqqv8cWz4E/WOxo_NzAKEI/AAAAAAAADao/2m2hxZQ_PLU6XqfzcTS4ErMdG00kkVtVQCLcB/s400/rt1.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-EOqqv8cWz4E/WOxo_NzAKEI/AAAAAAAADao/2m2hxZQ_PLU6XqfzcTS4ErMdG00kkVtVQCLcB/s72-c/rt1.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/keganasan-rumah-tangga-tidak-mengenal.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/keganasan-rumah-tangga-tidak-mengenal.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy