Kaya Sama-Sama Tersepit Seorang-Seorang,Mana Azmin,Zuraida Dan Rafizi

1. Semalam media massa mengasak Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang dikaitkan dengan Adam Rosly. Setelah agak lama berdiam diri 16 Apri...


1. Semalam media massa mengasak Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang dikaitkan dengan Adam Rosly. Setelah agak lama berdiam diri 16 April telah membuka mulut Azmin dan Zuraida. Azmin bermain pada jangan membuat tuduhan selagi tidak bersalah manakala Zuraida pula ‘membuang’ Adam sebagai bukan pegawainya.Dunia dikala tersepit.

2. Apalah nasib Adam Rosly seorang budak muda bekerja dengan Zuraida sejak tahun 2013 sebagai Pegawai Khas MP Ampang. Bukan rahsia lagi di Ampang. Cuma dulu dia taklah sekaya mana. Apabila ikut Zuraida kekayaan beliau menjadi luar biasa. Maklumlah sebat semua projek PBT Selangor yang dikuasai Zuraida. Tiada lagi Solidariti Zuraida seperti pertama kali isu rumah Disneyland Adam didedahkan. Apakah ini petanda menunjukkan Adam bakal dibiarkan bersendirian dan menjadi kambing hitam Zuraida?

3. Lebih RM5 juta harta Adam telah dibekukan. Ia dikatakan termasuk harta Zuraida yang disimpan atas nama Adam. Tidak hairan jika Zuraida menjadi gelisah dan keluh kesah. Sumber mendedahkan tahanan reman Adam Rosly bakal dilanjutkan lagi beberapa hari selepas tempoh tamat. Agaknya sebab itu Zuraida membuat kenyataan membuang Adam sebagai Pegawai Khasnya. Katanya kekayaan Adam kekayaan peribadi bukan politik PKR!. Ini polemik Zuraida tidak mahu dikaitkan dengan Adam Rosly. Apakah Zuraida juga bakal dipanggil SPRM? sama-sama tunggu.

4. Bukanlah sesuatu yang menghairankan jika Zuraida turut ditahan SPRM. Sebelum ini Zuraida sudah menjadi isu khususnya berhubung pemilikan kenderaan termasuk memiliki kenderaan mewah atas nama syarikat lain (isu 2012 & 2016). Begitu juga Adam Rosly Pegawai Khasnya yang juga Ketua AMK PKR Cabang Ambang dan proksi Zuraida. Adam Rosly didedahkan memiliki kenderaan mewah atas nama ‘taukeh’. Perangai antara Bos dan Pegawai sama.

5. Mengapa Zuraida takut dikaitkan dengan Adam Rosly? Bukan rahsia monopoli projek Zuraida MP Ampang selaku Timbalan Ketua PKR Selangor dan orang kuat Azmin Ali di Selangor. Zuraida mempunyai kuasa besar dalam melantik ahli majlis PBT seluruh Selangor termasuk Ketua Whip PBT, pasti mempunyai pengaruh besar dalam menentukan perbagai projek dan ‘perolehan’ dalam Selangor.

6. Adam Rosly menjadi kuda utamanya selain AJK Wanita PKR seperti WAN NUR MARSITA AHMAD KETUA WANITA PKR CABANG HULU SELANGOR Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor. Begitu juga Zainol Abidin Mohamed Ketua AMK Gombak proksi Azmin yang dilantik sebagai Ahli Majlis MPAJ di Parlimen Zuraida!

7. Katanya aset-aset Zuraida turut dinamakan atas nama Adam Rosly. Adam hanya akan taat kepada Zuraida kerana selama ini dijaga baik oleh Zuraida sehingga menjadi Ketua AMK PKR Ampang. Adam Rosly turut memberikan Zuraida sebuah kenderaan mewah Mercedes Benz C200 Sport untuk kegunaan rasmi Zuraida sebagai MP Ampang.

8. Blog masterdedah.com pernah mendedahkan pengakuan dan pemilikan kenderaan mewah Zuraida. Zuraida membuat penipuan tentang kenderaan dimiliki yang kononnya menggunakan AP dan kelayakan pinjaman Ahli Parlimen. Sedangkan AP kenderaan diberi sekali untuk satu penggal.Bukan setiap tahun (melainkan AP Khas). Jika tidak gunakan AP Kenderaan akan lupus untuk penggal tersebut. Zuraida didapati tidak menggunakan AP Ahli Parlimennya untuk penggal pertama ataupun menjual AP tersebut kepada pihak lain.

9. Manakala dari sudut kelayakan pinjaman Ahli Parlimen layak memohon pinjaman kereta sehingga maksimum RM100,000 sekali dalam tempoh 4 tahun dengan dikenakan caj perkhidmatan 4% setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai. Persoalannya Bagaimana bank boleh meluluskan atas namanya jika ia melibatkan pinjaman bank bagi semua kenderaannya?. Berapa sangat gaji Zuraida?Nampak tak?

10. Apakah Adam Rosly akan membiarkan dirinya berseorangan? Sedangkan dibelakangnya ada Zuraida Kamaruddin MP Ampang. Zuraida ada pembuat lorong untuk Adam Rosly sehingga dia sampai ke tahap kaya sekarang. Jika Zuraida ditahan SPRM anggap sahajalah ia susulan laporan Zuraida kepada SPRM sebelum ini melalui rujukan SPRM/INFO/2016/0137890. Bukan baru!

Sumber Captain M

Sotong pandan korek disana timbul disini,yang dikorek adalah fitnah dan tuduhan tak berasas,yang timbul kebenaran rasuah dan skandal PKR.


COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Kaya Sama-Sama Tersepit Seorang-Seorang,Mana Azmin,Zuraida Dan Rafizi
Kaya Sama-Sama Tersepit Seorang-Seorang,Mana Azmin,Zuraida Dan Rafizi
https://1.bp.blogspot.com/-VV_XjmJN7fU/WPbPupNucyI/AAAAAAAADiw/pfPvZd0n8WAEVRMhLqgt2F5DGunlEvZswCLcB/s400/adam-dan-zuraida-1.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-VV_XjmJN7fU/WPbPupNucyI/AAAAAAAADiw/pfPvZd0n8WAEVRMhLqgt2F5DGunlEvZswCLcB/s72-c/adam-dan-zuraida-1.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/kaya-sama-sama-tersepit-seorang.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/kaya-sama-sama-tersepit-seorang.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy