Istana Budaya Bergegar Dengan Konsert Wings And Superfriends

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan Wings,kumpulan rock lagenda Malaysia yang terkenal.Bermula 30 tahun lalu Wings hanya beraksi di fu...


Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan Wings,kumpulan rock lagenda Malaysia yang terkenal.Bermula 30 tahun lalu Wings hanya beraksi di funfair dan bertukar-tukar anggota,malah Awie sendiri pernah undur diri sebagai penyanyi solo.

Kini Wings sekali lagi menggegarkan Kuala Lumpur dalam konsert Wings and Superfriends di Istana Budaya baru-baru ini.

Kali ini Wings bergandingan dengan artis-artis hebat seperti seperti Datuk M.Nasir, Datuk Ramli Sarip, Datuk Hattan, Datuk Nash, Ito, Syamel AF, Maya Karin, Betto Kuhairy, Liza Hanim, Sahara Yaacob, Billa AF, Kudeen 3 Juara, Uchop Bukan Sekadar Rupa dan Aniq Ceria Pop Star adalah antara artis yang berpadu tenaga menjayakan konsert selama 3 hari bermula malam tadi sehingga 9 April.

Menurut Awie, Konsert Wings And Superfriends – Belenggu Irama yang berkonsepkan perjuangan nasib para insan seni.


Awie Entertainment Sdn Bhd yang menganjurkan konsert ini bagi mendidik masyarakat untuk menghibur sambil menderma.

Ikon konsert ini ialah pemain drum ternama, Yazid Search yang turut mempamerkan skill bermain drum walaupun dalam keadaan tidak berapa sihat adalah momen paling menarik dalam konsert ini.

Panggung Istana Budaya gamat kala menyaksikan penampilan penyanyi Rock Sahara Yaacob, selain persembahan mantap daripada Dato’ Ramli Sarip dan juga nyanyian istimewa oleh Dato’ M.Nasir, Dato’ Nash dan juga Dato’ Hattan.

Turut membuat kemunculan adalah Liza Hanim, Ito, Dato’ Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor serta ramai lagi. Konsert Belenggu Irama Wings dan Superfriends ini akan berlangsung pada tujuh, lapan dan sembilan April 2017 di Istana Budaya.


Wings turut diiringi pemuzik-pemuzik handalan seperti Edrie Hashim, Rosli Mohalim Sweet Charity, Kudin Headwind, Yan Lefthanded, Sham, Lola, Rodi Kristal, Hamzah, Pae, Fly dan Adi.

Sebanyak 22 lagu disampaikan, termasuk Sayap Ilusi, Semalam Yang Hangat, Bernafas Dalam Lumpur dan lagu legenda Wings, Sejati.

Kehadiran bekas pemain guitar utama Wings, Sham turut tidak mengecewakan kerana permainan gitarnya cukup membuat penonton terpesona.

Malah kehadiran Sham mampu mengisi ruang yang ditinggalkan oleh pemain gitar Wings sebelum ini, Joe yang menubuhkan kumpulan sendiri.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Istana Budaya Bergegar Dengan Konsert Wings And Superfriends
Istana Budaya Bergegar Dengan Konsert Wings And Superfriends
https://2.bp.blogspot.com/-4vlnaRkpW2Q/WOxND1qakvI/AAAAAAAADZU/HhcbUe6Ol_8NTorbYHMiNHn88zKOauVXwCLcB/s400/awie1.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-4vlnaRkpW2Q/WOxND1qakvI/AAAAAAAADZU/HhcbUe6Ol_8NTorbYHMiNHn88zKOauVXwCLcB/s72-c/awie1.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/istana-budaya-bergegar-dengan-konsert.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/istana-budaya-bergegar-dengan-konsert.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy