Guan Eng Berjaya Lahirkan Ramai Perasuah Di Pulau Pinang

Syabas dan tahiniah diucapkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana telah melahirkan ramai perasuah dan menyalah guna kua...


Syabas dan tahiniah diucapkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana telah melahirkan ramai perasuah dan menyalah guna kuasa kedudukan berpangkat di Pulau Pinang.

Bermula dengan Guang Eng yang terlibat dalam dua kes rasuah penjualan rumah banglo mewah terlajak murah dan tanah di Taman Manggis.Kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berjaya menahan Dato’ Syed Mohamad bin Syed Murtaza yang merupakan pemegang amanah di Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad.

Guan Eng berjaya melahirkan perasuah di Pulau Pinang apabila Syed Mohamad yang memegang amanah di Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad menjual tanah milik anak syarikat Yayasan Bumiputra Pulau Pinang kepada Hunza Group pada harga yang sangat murah.

Pada 31 Mac yang lalu, Syed Mohamad ditahan kerana disabitkan dengan kes salah guna kuasa dan kedudukan serta menerima rasuah. Susulan penahanannya, pihak SPRM turut menahan sahabat baik dan proksi Guan Eng yang dipercayai berurusan dengan si penerima rasuah tersebut.

Pemilik Hunza Properties Berhad (Hunza Group), Datuk Seri Khor Teng Tong dan anaknya, Datuk Khor Siang Gin, Pengarah Urusan Hunza Properties Berhad ditahan SPRM kerana kes rasuah.



PULAU PINANG 12 April – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan anak lelakinya bergelar Datuk direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan penjualan tanah milik Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad.

Perintah reman sehingga 17 April ini terhadap Datuk Seri berusia 74 tahun itu yang merupakan penasihat sebuah syarikat pemaju terkemuka serta anaknya yang berusia 47 tahun dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Mohamad Amin Shahul Hamid.

Dua beranak itu tiba di mahkamah tersebut kira-kira pukul 10.50 pagi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri.

Terdahulu, mereka ditahan SPRM kira-kira pukul 7 malam tadi ketika hadir memberi kete­rangan di pejabat SPRM di sini dan di Putrajaya berkaitan kes skandal tanah berkenaan.

Sementara itu, jurucakap SPRM negeri berkata, kedua-dua beranak itu ditahan bagi membantu siasatan kes dakwaan salah guna kuasa termasuk penjualan tanah milik anak syarikat yayasan berkenaan pada harga lebih murah berbanding harga asal.

“Urusan berkenaan didakwa telah menyebabkan anak syarikat milik yayasan tersebut mengalami kerugian jutaan ringgit sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Beliau memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Sek­syen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Sebelum ini, seorang peme­gang amanah yayasan berkenaan yang bergelar Datuk turut direman lima hari mulai 29 Mac lalu bagi membantu siasatan kes ber­kenaan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan RM100,000 berserta dua penjamin.-utusan






COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,111,Nasional,125,Negeri,16,Politik,92,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Guan Eng Berjaya Lahirkan Ramai Perasuah Di Pulau Pinang
Guan Eng Berjaya Lahirkan Ramai Perasuah Di Pulau Pinang
https://4.bp.blogspot.com/-rdDwV-j9ixE/WO8CmSJEMZI/AAAAAAAADdY/hJJXiNFSflkRKwCntteibbONL-Io6Z7ywCLcB/s400/cm.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-rdDwV-j9ixE/WO8CmSJEMZI/AAAAAAAADdY/hJJXiNFSflkRKwCntteibbONL-Io6Z7ywCLcB/s72-c/cm.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/guan-eng-berjaya-lahirkan-ramai.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/guan-eng-berjaya-lahirkan-ramai.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy