Fitnah Rafizi Terhadap Mahkamah Syriah Perlu Diambil Tindakan Segera

Masih ada lagi yang menggangkat dia sebagai 'hero'apa punya turrr..selidik la sama si Rafizi ni,dia lah yang merosakan banyak ins...


Masih ada lagi yang menggangkat dia sebagai 'hero'apa punya turrr..selidik la sama si Rafizi ni,dia lah yang merosakan banyak institusi kerajaan termasuk mahkamah syariah.


Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini mendesak agar pe­nguat kuasa agama mengambil tindakan menurut Akta Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah (wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 terhadap Naib Pre­siden PKR, Rafizi Ramli berikutan ke­nyataan yang dikeluarkan baru-baru ini sehingga menimbulkan fitnah sekali gus menghina mahkamah syariah.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, tindakan tersebut perlu dimajukan kepada Ketua Pendakwa Syarie agar sesuatu tindakan di bawah seksyen 210 akta sama Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah untuk diambil terhadap Ahli Parlimen Pandan tersebut.

“Rafizi mesti bertanggungjawab dengan apa yang diucapkan semasa sidang Parlimen olok-olok itu, walaupun sekadar sidang olok-olok tetapi kenya­taan yang dibuat tidak wajar bersifat sedemikian kerana sangat memberi kesan kepada kedudukan syariah di mata awam.

“Seksyen 210 di atas memperuntukkan bahawa mahkamah hendaklah mempunyai kuasa menghukum mana-mana orang yang melakukan suatu penghinaan mahkamah dengan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 dan Seksyen yang sama juga terdapat di dalam Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah di semua negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zainul Rijal berkata demikian sebagai reaksi kepada video ucapan Rafizi yang tular pada 12 April lalu yang me­nyatakan jika Akta 355 dipinda ramai hakim mahkamah syariah di negara ini akan menerima rasuah dan lebih ramai hakim mahkamah syariah ditangkap dan ditahan kerana rasuah berbanding hakim mahkamah sivil.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PPMM sangat kesal dengan kenyataan Rafizi tersebut yang tidak berasas dan tiada statistik yang dikeluarkan bagi menyokong dakwaan tersebut.

“PPMM berpandangan ke­nyataan tersebut telah me­nimbulkan fitnah, keraguan dan memperkecilkan malah menghina mahkamah syariah di negara ini. Memandangkan sebahagian besar ahli PPMM juga adalah peguam syarie makluman mengenai sebarang pendakwaan dan sabitan kesalahan hakim syariah adalah di dalam pengetahuan PPMM,” ujarnya.

Dalam masa sama, PPMM juga mengambil kesempatan untuk menasihatkan agar isu-isu agama tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

“Orang Islam hendaklah bersatu suara di dalam isu-isu agama Islam dan tidak dihambat oleh kepentingan politik semata-mata. Umat Islam arus perdana hari ini sudah jelak dengan sikap pihak tertentu yang mahu mempolitikkan kepentingan masing-masing walaupun melibatkan isu agama,” katanya.

-UM

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Fitnah Rafizi Terhadap Mahkamah Syriah Perlu Diambil Tindakan Segera
Fitnah Rafizi Terhadap Mahkamah Syriah Perlu Diambil Tindakan Segera
https://1.bp.blogspot.com/-zN9R85HR1ck/WPXWvIusePI/AAAAAAAADiQ/tNRTzGMzrBQY_FCHaiezAS2eBixgeZ7OwCLcB/s400/images.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-zN9R85HR1ck/WPXWvIusePI/AAAAAAAADiQ/tNRTzGMzrBQY_FCHaiezAS2eBixgeZ7OwCLcB/s72-c/images.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/fitnah-rafizi-terhadap-mahkamah-syriah.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/fitnah-rafizi-terhadap-mahkamah-syriah.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy