Dahulu Di Khalayak Ramai Bertempit Berdemo Bantah GST,Sekarang Pakatan Harapan Nak Kekalkan GST

Semasa GST diperkenalkan macai Pakatan maki bertingkat-tingkat kepada BN kerana menaikkan kos sara hidup dengan GST,sementara Pakatan pul...


Semasa GST diperkenalkan macai Pakatan maki bertingkat-tingkat kepada BN kerana menaikkan kos sara hidup dengan GST,sementara Pakatan pula terpekik terlolong berdemo akan menurunkan kos sara hidup dengan menghapuskan GST.

Macai menyerang BN dari pelbagai sudut dan pakatan juga mengajar dan menabur benih-benih kebencian bahawa GST (6%) ini akan mendatangkan banyak masalah.Walhal GST ini adalah sistem percukaian yang menggantikan SST (10%).

Ingat kembali pada tahun 2015 di mana kira-kira 10 ribu orang peserta membanjiri Dataran Merdeka untuk berdemo bantah GST.Hasil daripada demo ini menyaksikan masih ada di kalangan rakyat Malaysia terutamanya mereka yang begitu taksub dengan pembangkang, masih memainkan isu ini. Tidak kurang juga pelbagai fitnah direka kononnya GST digunakan untuk memudahkan pemimpin negara mengaut sendiri hasil cukai yang dikenakan kepada rakyat. Itu belum lagi dakwaan kononnya caj GST bakal dinaikkan.

Kita semua sedari bahawa macai pembangkang mahupun pakatan selalunya menggunakan 2 alasan untuk menghasut, pertama, kerajaan bankrap dan kedua, kerajaan zalim. Kedua-duanya seolah-olah sudah menjadi zikir dan wirid harian mereka.


Beberapa tahun berlalu dan secara tiba-tiba, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh The New Strait Times menyatakan, andai Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan, sistem percukaian GST akan terus dikekalkan memandangkan cukai ini dilihat jauh lebih telus berbanding cukai SST sebelum ini.

Harus diingat bahawa Nurul Izzah adalah antara pemimpin yang paling lantang bersuara untuk memansuhkan cukai GST. Malah, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu ucapannya semasa merasmikan PPBM penghujung tahun lalu juga menyatakan bahawa Pakatan Harapan tidak berhajat untuk memansuhkan cukai GST. Hanya namanya sahaja ditukar tetapi konsep perlaksanaannya tetap sama.

Ini yang dinamakan "sekelip mata kau berubah" tidakkah peserta seramai 10 ribu orang yang turun berdemo dengan membawa kanak-kanak merasakan diri mereka telah 'diperbodohkan' oleh pemimpin yang mereka kagumi.Tidakkah mereka merasakan bahawa perjuangan mereka untuk memansuhkan cukai GST adalah perjuangan sia-sia.

Nurul Izzah perlu tampil dan memohon maaf kepada penyokong mereka kerana telah diperbodohkan dengan momok-momokkan hapuskan GST.

Kini pemimpin Pakatan Harapan sendiri mengakui bahawa sistem percukaian ini adalah yang terbaik.

Peribahasa "meludah kelangit,jatuh kemuka sendiri" sesuai diberikan kepada Pakatan Harapan dimana mereka sendiri telah meneliti dan mengkagumi cukai GST dilaksanakan.Dalam mereka berkata cukai akan diturunkan dan sebagainya,cuba anda lihat cukai apa yang mereka turunkan dinegeri mereka tadbir.Lihat Pulau Pinang, DAP Pulau Pinang menaikkan surcaj air hampir 100%.Adakah ini perlaksanaan menurunkan kos?

Apapun, inilah bukti yang selalu dikatakan kita bahawa GST ini tidak menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat seperti yang dikempenkan Pakatan, tapi sekadar nak jadikan sebab untuk naikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan sedia ada sahaja.



COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Dahulu Di Khalayak Ramai Bertempit Berdemo Bantah GST,Sekarang Pakatan Harapan Nak Kekalkan GST
Dahulu Di Khalayak Ramai Bertempit Berdemo Bantah GST,Sekarang Pakatan Harapan Nak Kekalkan GST
https://1.bp.blogspot.com/-tWUQsByszac/WP7-fOFywnI/AAAAAAAADmo/HKPMg4Tw46kAQqw1kzqRuvK-WSDTkToywCLcB/s400/FB_IMG_1492993860129.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-tWUQsByszac/WP7-fOFywnI/AAAAAAAADmo/HKPMg4Tw46kAQqw1kzqRuvK-WSDTkToywCLcB/s72-c/FB_IMG_1492993860129.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/dahulu-di-khalayak-ramai-bertempit.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/dahulu-di-khalayak-ramai-bertempit.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy