Chef Wan dedah punca perkahwinan Serina bergolak

KUALA LUMPUR 14 April - Cef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan mendedahkan bahawa isu nafkah menjadi punca pergolakan rumah t...


KUALA LUMPUR 14 April - Cef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan mendedahkan bahawa isu nafkah menjadi punca pergolakan rumah tangga anaknya, Serina Redzuawan dan suami, Salahudin Ghafar atau nama sebenarnya Gavin Edward O'Luanaigh.

Memetik status bergambar yang dimuat naik olehnya di laman Instagram @chefwan58, dia memberitahu bahawa Salahudin seorang yang degil kerana tidak mendengar nasihat yang pernah diberikan kepadanya.

“Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu Serina yang memikul segalanya selama enam tahun lebih usia perkahwinan mereka dalam keadaan tidak bahagia.

“Justeru saya amat gembira apabila mendapat tahu Serina sedang memfailkan permohonan cerai dan akan menuntut keadilan bagi pihaknya,” kata Chef Wan.

Tambah pelakon Lurah Dendam itu, dia begitu kasihan melihat anaknya bekerja teruk siang malam mencari rezeki gara-gara sikap suaminya yang kedekut memberikan nafkah zahir.

Menurut pendedahan itu lagi, Serina tidak pernah diberikan saraan perbelanjaan walaupun selepas dinasihatkan berkali-kali oleh Chef Wan.

“Daripada timbul sebarang spekulasi yang bukan-bukan, lebih baik saya tampil dengan kenyataan ini memberitahu hal sebenar.

“Saya sendiri walaupun sudah bercerai dengan isteri, tetap memberinya RM3,000 sebulan buat duit belanja. Inikan pula masih suami isteri,” katanya sinis.

Serina dan Salahudin bernikah pada 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.

sumber

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Chef Wan dedah punca perkahwinan Serina bergolak
Chef Wan dedah punca perkahwinan Serina bergolak
https://1.bp.blogspot.com/-exVEW51rngc/WPh4URFX0GI/AAAAAAAADkc/xckVoiqVCvEHjiNvG0XzKi6RPA_r5uZUQCLcB/s640/image%2B%25281%2529.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-exVEW51rngc/WPh4URFX0GI/AAAAAAAADkc/xckVoiqVCvEHjiNvG0XzKi6RPA_r5uZUQCLcB/s72-c/image%2B%25281%2529.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/chef-wan-dedah-punca-perkahwinan-serina.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/chef-wan-dedah-punca-perkahwinan-serina.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy