CERDIKKAH RAFIZI BILA UNGKIT ADAM ROSLY DULU ORANG PAS?

“Dia masuk PKR pada 2010, sebelum itu dia anggota PAS,” itu kata Rafizi Ramli semalam dalam usaha terdesaknya nak mengelakkan PKR dari ma...


“Dia masuk PKR pada 2010, sebelum itu dia anggota PAS,” itu kata Rafizi Ramli semalam dalam usaha terdesaknya nak mengelakkan PKR dari masalah dan skandal Ketua Pemuda PKR Cabang Ampang, Adam Rosly yang berdepan kes dengan SPRM.

Naib Presiden PKR yang dulu pernah dilambung-lambung oleh penyokong PAS konon hebat dan bijak berhujah menyerang UMNO dan BN, kini nampak macam nak cuci keburukan PKR dengan mengaitkannya pada PAS pula.

Entah apa kena mengena sejarah politik Adam Rosly yang dulu pernah berstatus ahli PAS dengan masalah pendakwaan SPRM yang dihadapi Adam sekarang ketika bergelar ahli dan pemimpin PKR? Logik apa yang Rafizi guna?

Walaupun tujuh tahun dulu fakta Adam Rosly adalah ahli PAS itu betul tapi hakikat yang terpampang sekarang Adam jadi kaya raya jadi jutawan segera ketika dia berstatus ahli PKR dan memegang jawatan Ketua Pemuda (AMK) PKR Cabang Ampang.

Adam Rosly beli rumah mewah ala disney bukan tahun 2010 tapi 2015. Tahun 2015 dia ahli PAS kah? Dah tentu bukan, dia dah keluar PAS tahun 2010 selepas kalah perebutan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang selepas itu terus masuk PKR.

Kalau si Adam yang gempak mendabik dada sebagai anak muda yang kaya raya dan berjaya ini masih ahli PAS, kenapa pula dia pegang jawatan sebagai Ketua AMK atau Pemuda PKR Cabang Ampang sekarang?

Adam gah buat kenyataan menipu media kata duit beli rumah mewah berkenaan hasil dari pendapatan berniaga sedang hakikatnya lebih setengah juta ringgit dipinjam dari along pula berlaku tahun 2016. Tika itu Adam ahli PKR bukannya PAS.

Jadi apa relevannya status keahlian parti dulu dan sekarang? Langsung tak ada kaitan, sebaliknya menampakkan kedangkalan akal dan betapa terdesaknya Rafizi nak mengelakkan partinya dari terpalit busuk yang di bawa pemimpin pemudanya.

Main politik memburukkan orang lain dengan persepsi jahat untuk capai kepentingan politik kepartian atau demi nak sembunyi kebusukan sendiri memang dah diketahui umum cukup sinonim dengan PKR. Itu hakikat.

Dulu isteri PM, DS Rosmah Mansor dah pernah kena mainan persepsi busuk dalam kes cincin permata harga berpuluh juta yang Rafizi kata tuduhan itu hanya gurauan, malah bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim yang dari PKR sendiri pun dah pernah lalui fitnah dan persepsi jahat Rafizi.

Sekarang giliran PAS pula jadi mangsa untuk dipalitkan dengan taktik persepsi busuk Rafizi dan ia berlaku ketika PAS dan PKR masih bersekutu terutama sekali di Selangor.

Tapi cerdik dan pandaikah langkah Rafizi itu? Kalau ikut sifir temberang politik yang dianuti ramai penyokong PKR dan PH, dah tentu mereka akan kata itu tandanya Rafizi ‘pandai’ main politik, soal relevan atau tidak,  baik atau buruk mereka mana nak ambil peduli. – MyKMU.Net

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: CERDIKKAH RAFIZI BILA UNGKIT ADAM ROSLY DULU ORANG PAS?
CERDIKKAH RAFIZI BILA UNGKIT ADAM ROSLY DULU ORANG PAS?
https://3.bp.blogspot.com/-qguDteH-puE/WQBhP-RWRKI/AAAAAAAADn0/HgPCBMhfTF0H_OjTeDHRbi5ZoTuIEakAQCLcB/s400/Rafizi-Ramli-Adam-Rosly.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-qguDteH-puE/WQBhP-RWRKI/AAAAAAAADn0/HgPCBMhfTF0H_OjTeDHRbi5ZoTuIEakAQCLcB/s72-c/Rafizi-Ramli-Adam-Rosly.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/cerdikkah-rafizi-bila-ungkit-adam-rosly.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/cerdikkah-rafizi-bila-ungkit-adam-rosly.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy