Bekas Pemimpin DAP Pulau Pinang Mahu Rafizi Tutup Mulut Dan Letak Jawatan

Jika dilihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini, parti itu semakin goyah ekoran masalah demi masalah yang timbul. Bagaimanapun, masala...

Jika dilihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini, parti itu semakin goyah ekoran masalah demi masalah yang timbul. Bagaimanapun, masalah yang timbul itu pun dek kerana sikap ahli parti itu sendiri yang cetuskan.

Tetapi itu pun masih ada pemimpin parti itu yang cuba menuding jari untuk menyalahkan pihak lain yang kononnya memyebabkan masalah itu timbul.

Begitu lah sikap Naib Presiden PKR, Rafizi yang sebelum ini menuduh parti PAS yang menjadi punca ekoran Ketua Pemuda PKR Datuk Adam Rosly yang kini terlibat dengan kes rasuah melibatkan pembelian banglo mewah di Ampang.

Malah beliau menyarankan Adam supaya bercuti, ekoran PKR kini menjadi serangan pihak lawan diatas pendakwaan Adam di mahkamah kerana memiliki harta luar biasa.

Walaubagaimanapun, tindakan Rafizi itu dilihat cuba mencipta jurang antara Adam dengan parti ekoran skandal kes rasuah yang sedang dihadapi Adam. Selain itu, Rafizi boleh disifatkan tidak sedar diri.

Begitu lah yang disifatkan oleh bekas Perwakilan DAP Pulau Pinang, Shamsher Singh Thind yang menyifatkan Rafizi sendiri yang sepatutnya menjarakkan diri daripada PKR ekoran Ahli Parlimen Pandan itu sudah didapati bersalah di mahkamah dan kini bergelar seorang penjenayah.


“Kenapa kamu (Rafizi) masih memegang jawatan dalam parti? Kamu bukan sahaja dituduh di mahkamah tetapi didapati bersalah dibawah OSA 1972 dan dihukum penjara 18 bulan.

“Saya tahu kamu sedang membuat rayuan diatas pertuduhan kamu dan sementara itu kamu boleh mengelak dari dihukum tetapi ianya tidak mengubah fakta bahawa kamu sekarang adalah seorang penjenayah! Apa lagi, letak jawatanlah!

“Saya masih berpendapat saudara Adam boleh menjernihkan keadaan supaya tidak mengheret PKR ke dalam kemelut peribadi beliau dengan mengisytiharkan harta secepat mungkin,” kata Shamsher menerusi Facebooknya, semalam.

Demi mempertahankan Ketua Pemuda PKR itu, bekas pemimpin DAP itu mahu Rafizi tutup mulut kerana Adam masih belum didapati bersalah.

“Sekarang, samada kamu atau ‘orang ramai’ mendapati kes ini adalah sangat jelas atau tidak, tak penting. Jadi, tutup mulut atau kamu boleh ditahan kerana menghina mahkamah kerana melanggar peraturan sub judice,” kata Shamsher.

Mengulas kenyataan Rafizi mengaitkan kes rasuah Adam dengan PAS, Raja Sara Petra menempelak Rafizi dengan menyatakan tiada kaitan antara pertuduhan yang dihadapi Adam dengan hakikat beliau seorang bekas ahli PAS.

“Apa masalahnya Rafizi? Apa kaitannya dengan isu pertuduhan rasuah Adam dan kekayaan luar biasanya? Boss kamu Anwar Ibrahim dahulu pun pernah menyertai UMNO. Ada ianya membawa apa-apa perbezaan?.

“Malah, jika Anwar tidak dipecat beliau pasti masih bersama UMNO sehingga hari ini. Tun Dr Mahathir terpaksa menendang Anwar keluar kerana jika tidak beliau tidak akan pergi.

“Dahulu pun beliau pernah ke mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan pemecatannya adalah tidak sah dan berlawan selama 10 tahun tetapi gagal,” kata Raja Sara.

Kesimpulan, Rafizi wajar berhenti daripada memutar belit sesebuah isu kerana isu Adam melibatkan pertuduhan rasuah melibatkan dirinya dan tiada kaitan dengan PAS.

-sumber un

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Bekas Pemimpin DAP Pulau Pinang Mahu Rafizi Tutup Mulut Dan Letak Jawatan
Bekas Pemimpin DAP Pulau Pinang Mahu Rafizi Tutup Mulut Dan Letak Jawatan
https://3.bp.blogspot.com/-M6oEtgiKEZ4/WQBZy3ldx-I/AAAAAAAADng/XPbyDGXlt3IIs-4FhrOxXxq3Hd_jyo3DACLcB/s400/Shamsher_Singh_Thind.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-M6oEtgiKEZ4/WQBZy3ldx-I/AAAAAAAADng/XPbyDGXlt3IIs-4FhrOxXxq3Hd_jyo3DACLcB/s72-c/Shamsher_Singh_Thind.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/bekas-pemimpin-dap-pulau-pinang-mahu.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/bekas-pemimpin-dap-pulau-pinang-mahu.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy