Baik Dan Buruknya Media Sosial,Antara Realiti Dan Fantasi

Penggunaan Media Sosial secara meluas dan berpengaruh telah membawa faedah tetapi ia juga ada buruknya.Walaupun ia telah menjadi alat yan...


Penggunaan Media Sosial secara meluas dan berpengaruh telah membawa faedah tetapi ia juga ada buruknya.Walaupun ia telah menjadi alat yang berkesan untuk berkongsi maklumat, media sosial  juga telah disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah dan maklumat salah.

Dengan perkembangan dan kemajuan media sosial di Malaysia, kita perlu sedar bahawa keselamatan negara telah terbuka dengan pelbagai ancaman, meningkatkan ketelusan (transparency) tentang pemerintah dan ia turut membuka ruang kepada rakyat Malaysia bagi membincangkan isu-isu politik sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang.

Sebagai contoh isu kenaikan harga petrol,dengan sekelip mata laman sosial sudah pasti dihujani oleh pakar-pakar ekonomi dengan mengupas dan hujah-hujah yang kebanyakan hujahan mereka tidak didokong dengan fakta.

Mereka ini digelar sebagai penulis maya yang sentiasa menghangatkan sesuatu perkara tanpa peduli tentang kesahihan dan ketepatan fakta sebelum ditularkan melalui Facebook,Whatsapp dan sebagainya.

Penulisan merekalah yang selalu membakar hati setiap orang yang membaca,siapa yang menjadi mangsa,sudah tentulah kerajaan dan juga Pemimpin negara,ditambah pula dengan fitnah-fitnah dari pihak pembangkang yang semakin hari semakin memanaskan media sosial.


keterujaan mereka untuk turut serta dalam perbincangan tanpa kefahaman dan fakta yang mantap seperti situasi harga minyak mentah dunia mahupun keadaan ekonomi semasa, menjadi tembok besar antara realiti dan fantasi yang berlegar di minda jaguh papan kekunci ini.

Tanpa memikirkan kesan dan akibatnya, mereka berlumba-lumba menularkan maklumat tersebut sebelum membuat pengesahan hanya kerana mahu menjadi yang pertama berkongsi informasi.

Seperti kata Perdana Menteri di malam Himpunan Aktivis Media Sosial "Ingatlah bahawa pembangkang hanya berpegang kepada satu prinsip sahaja iaitu “If you cannot convince them, confuse them”.

Taktik kotor mereka amat jelas, jika mereka tidak dapat meyakinkan pengundi agar mempercayai janji-janji kosong atau kata-kata manis mereka, modus operandi mereka adalah untuk mengelirukan rakyat agar menimbulkan ketidakpercayaan serta kemarahan terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Penularan berita palsu di media sosial seakan menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat  tindakan undang-undang adalah antara jalan terbaik untuk menghentikan perbuatan sedemikian.

Pada masa ini walaupun banyak kes tangkapan telah dijalankan, orang ramai masih memandang ringan dan tidak mengambil pengajaran sewajarnya.

Janganlah menjadi seperti "hero kedai kopi" yang kebanyakannya hanya bersembang tanpa fakta,atau dahagakan 'like'terbanyak di media sosial selain mendapat tumpuan daripada masyarakat.

-nasionalkini

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Baik Dan Buruknya Media Sosial,Antara Realiti Dan Fantasi
Baik Dan Buruknya Media Sosial,Antara Realiti Dan Fantasi
https://1.bp.blogspot.com/-kL-szf3yT4Y/WPWM6EgrXbI/AAAAAAAADhs/nb9rj3xRa-w38vRWWFA78IwWj2wvrxW5wCLcB/s640/media%2Bsosial.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-kL-szf3yT4Y/WPWM6EgrXbI/AAAAAAAADhs/nb9rj3xRa-w38vRWWFA78IwWj2wvrxW5wCLcB/s72-c/media%2Bsosial.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/baik-dan-buruknya-media-sosialantara.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/baik-dan-buruknya-media-sosialantara.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy