Ahok tewas di tangan Anies

Kemenangan Anies Baswedan sebagai Gubernur Jakarta menunjukkan wang kapitalis Cina yang menguasai jentera propaganda media kovensional da...


Kemenangan Anies Baswedan sebagai Gubernur Jakarta menunjukkan wang kapitalis Cina yang menguasai jentera propaganda media kovensional dan media sosial Indonesia masih gagal menumpaskan gerakan akar umbi orang Islam di Jakarta.
Mereka yang membaca media cetak, online dan televisyen percaya Ahok akan menang mudah.

Imej-imej Ahok digilap bergemerlapan oleh kelas menengah seperti mana imej Lim Guan Eng dan DAP di Malaysia diangkat oleh kelas pertengahan Melayu.

Saya percaya, sama seperti Lim Guan Eng, gerakan Ahok juga merupakan lingkaran misi Cina Kristian Asia Tenggara untuk merubah sosio politik rantau ini.

Hakikatnya dalam pilihan raya, gerakan bawahan juga yang menentukan kemenangan.
Lebih jelas, takdir Allah telah menjerumuskan Ahok dalam kontroversi yang menyedarkan sebahagian umat Islam Jakarta dari cerita khayalan ala Khalifah Umar Abd Aziz.

JAKARTA 18 April - Bekas Menteri Pendidikan, Anies Baswedan mendahului pencabarnya, Basuki ‘Ahok’ Tjahaja dengan 58 peratus pungutan undi dalam pusingan kedua Pilihan Raya Gabenor Jakarta yang berlangsung hari ini.

Ahok menerima 42 peratus undian dalam keputusan tidak rasmi berdasarkan pengiraan awal oleh pusat pemantau pengundian swasta, Indikator Politik melalui 100 peratus undi yang dikira.

Anies, 47, dan Ahok, 50, memerlukan majoriti mudah untuk memenangi pilihan raya tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya Negara hanya akan mengumumkan keputusan rasmi pada awal bulan depan.

Dalam pada itu, pilihan raya berkenaan berjalan lancar manakala pihak polis menahan seramai 15 individu yang cuba menimbulkan kekacauan di beberapa pusat pengundian di bandar raya ini yang mempunyai 10 juta penduduk.

Kira-kira 7.2 juta warga kota ini memilih calon masing-masing dalam pilihan raya itu yang disifatkan ‘paling kotor, memecah belahkan dan berpuak-puak’ oleh portal Jakarta Post.

Pusat-pusat pengundian ditutup pukul 1 tengah hari sebaik sahaja pengundi selesai melaksanakan tanggungjawab mereka manakala kawalan keselamatan di pusat-pusat pengundian itu dikatakan ‘longgar’ walaupun polis memaklumkan 66,000 anggo­tanya telah ditempatkan di seluruh ibu kota ini.


Pusingan pertama pilihan raya berkenaan yang turut dikenali sebagai Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) bagi Daerah Khusus Jakarta telah berlangsung bulan Februari lalu.

Namun pusingan kedua terpaksa diadakan berikutan tiada calon yang melepasi undi majoriti melebihi 50 peratus.

Pada pusingan pertama Ahok dan pasangannya, Djarot Saiful Hidayat mendahului pungutan undi sebanyak 44.17 peratus dan Anies dan Sandiaga Salahuddin Uno menerima 39.55 peratus undi.

Anak sulung bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyon, Agus Harimurti Yudhoyono hanya mendapat 16.27 peratus undi seterusnya terkeluar daripada pertandingan pusingan kedua.

Jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono berkata, pihaknya menahan dan memeriksa kenderaan yang menuju ke bandar raya ini bagi memastikan tiada ‘pergerakan besar-besaran ke ibu kota ini’.

Di Jawa pula pihak polis turut mengadakan pemeriksaan terhadap kenderaan persendirian dan bas awam yang menuju ke Jakarta bagi mengesan objek tajam dan bahan letupan.

Pilihan raya berkenaan dicemari dengan pelbagai insiden termasuk tunjuk perasaan besar-besaran yang disertai lebih 100,000 penduduk Islam yang membantah pencalonan Ahok kerana didakwa menghina al-Quran.

utusan

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Ahok tewas di tangan Anies
Ahok tewas di tangan Anies
https://4.bp.blogspot.com/-OsBO2sTIxI4/WPh7FuQCGVI/AAAAAAAADko/7LBA2vIu1corcCkFPiUNUpFv0iIR0KSOwCLcB/s640/image%2B%25282%2529.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-OsBO2sTIxI4/WPh7FuQCGVI/AAAAAAAADko/7LBA2vIu1corcCkFPiUNUpFv0iIR0KSOwCLcB/s72-c/image%2B%25282%2529.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/ahok-tewas-di-tangan-anies.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/ahok-tewas-di-tangan-anies.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy