72 Pertubuhan Didapati Ada Elemen Kongsi Gelap - Nur Jazlan

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan sejumlah 72 pertubuhan sebagai menyalahi undang-undan...


KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan sejumlah 72 pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang kerana ia dikenal pasti mempunyai elemen kongsi gelap, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata tindakan itu dibuat dengan mengambil kira ancaman yang boleh dicetuskan oleh pertubuhan terbabit termasuk kegiatan yang boleh mengganggu gugat ketenteraman dan menimbulkan keadaan takut kepada jenayah di kalangan masyarakat.

"Pertubuhan ini sama ada yang berdaftar atau tidak berdaftar biasanya melakukan kegiatan kongsi gelap seperti jenayah terancang, gengsterisme, bunuh, cubaan membunuh, pemerasan, ugutan dan pengedaran dadah.

"Mengambil kira ancaman itu, kita ambil langkah bagi mengekang kegiatan pertubuhan-pertubuhan ini," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja pada Persidangan Dewan Negara hari ini.

Nur Jazlan berkata mana-mana individu yang menyertai pertubuhan berkenaan juga boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 43 dan 52 (3) Akta Pertubuhan 1966.

Nur Jazlan berkata KDN melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah menjalankan Ops Cantas Khas 1 dan 2 bagi mengawal kegiatan berkenaan.

Sementara itu, ketika menjelaskan mengenai perkembangan kehilangan dua pastor iaitu Raymond Koh Keng Joo dan Joshua Hilmy serta isterinya pada Februari lalu, Nur Jazlan berkata PDRM masih menjalankan siasatan bagi mengesan mangsa dan suspek yang bertanggungjawab.

Bagi kes Koh, seorang suspek telah ditahan namun didapati bukan suspek utama tetapi hanya mengambil kesempatan serta telah dituduh kerana melakukan pemerasan, katanya.

Bagi kes Joshua, PDRM masih berusaha mendapatkan petunjuk baharu memandangkan masih tiada pihak yang menyalurkan maklumat atau meminta sebarang tebusan serta belum ada sebarang tangkapan setakat ini.

Mengenai isu sebuah akhbar tempatan Nanyang Siang Pau berhubung karikatur yang dianggap menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Nur Jazlan berkata kementerian itu sedang memantau bagi memastikan pengurusan akhbar itu mengambil tindakan terhadap individu terlibat.

"Siasatan telahpun dijalankan berdasarkan laporan yang diterima. Akhbar itu diberikan surat amaran keras dan mendesak diambil tindakan terhadap editor, sub editor, pelukis kartun tersebut seperti dikenakan gantung kerja atau tindakan dalaman," katanya.

-- sumber


COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: 72 Pertubuhan Didapati Ada Elemen Kongsi Gelap - Nur Jazlan
72 Pertubuhan Didapati Ada Elemen Kongsi Gelap - Nur Jazlan
https://2.bp.blogspot.com/-IPacQ_aa0vc/WPh_M_bngsI/AAAAAAAADlQ/VomFrahHRF8c9p0V6mxfrjBoVfX0IhJTQCLcB/s400/Jazlan.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-IPacQ_aa0vc/WPh_M_bngsI/AAAAAAAADlQ/VomFrahHRF8c9p0V6mxfrjBoVfX0IhJTQCLcB/s72-c/Jazlan.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/72-pertubuhan-didapati-ada-elemen.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/72-pertubuhan-didapati-ada-elemen.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy