5 cara hilangkan bau rokok dalam kereta

Jika anda mahupun teman anda merupakan perokok tegar dan sering menghisap rokok di dalam kereta, pasti akan meninggalkan kesan bau yang k...


Jika anda mahupun teman anda merupakan perokok tegar dan sering menghisap rokok di dalam kereta, pasti akan meninggalkan kesan bau yang kurang menyenangkan.

Walaupun telah menggunakan pelbagai jenis pewangi dan penyegar udara, bau rokok tersebut pasti akan kekal pada fabrik tempat duduk kereta.

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai petua yang boleh diguna pakai untuk menghilangkan bau tersebut?

Berikut kami kongsikan 5 benda yang boleh membantu menghilangkan masalah bau yang tidak menyenangkan terutamanya bau rokok:

1. Serbuk Kopi
Letakkan semangkuk serbuk kopi di dalam kereta lalu biarkan semalaman dengan tingkap bertutup. Serbuk kopi tersebut akan menyerap bau asap rokok. Ulang dan gantikan serbuk kopi ini beberapa kali sehingga bau betul-betul hilang.

2. Cuka
Tuangkan cuka ke dalam sebuah gelas atau mangkuk dan letakkan di bahagian tengah kereta. Biarkan semalaman dan cuka akan menghilangkan bau asap rokok dalam kereta anda. Jika ingin dapatkan bau yang lebih segar, perahkan sedikit lemon dan larutkan bersama cuka tersebut.

3. Kayu Manis
Jika anda ingin menggantikan bau busuk dengan bau yang lebih manis, cubalah gunakan kulit kayu manis. Rebus dua hingga tiga batang kulit kayu manis dan tuangkan air rebusan ke dalam satu cawan. Kemudian, letakkan cawan berisi air rebusan itu di dalam kereta dengan tingkap bertutup sehingga suhu airnya menurun kepada suhu bilik.

4. Kulit Buah-Buahan Sitrus
Jika anda suka akan bau sitrus, anda boleh kitar semula kulit buah-buahan tersebut. Kupas kulit buah oren, lemon, limau nipis atau apa sahaja buah sitrus kegemaran anda dan kumpulkan kulit tersebut dalam cawan. Tinggalkan cawan berisi kulit sitrus ini di dalam kereta untuk menyerap segala bau-bauan kurang enak. Pasti kereta akan berbau harum keesokan harinya.

5. Arang
Sekiranya anda mahukan bau yang neutral, gunakan ketulan arang. Simpan satu beg kecil berisi arang di bahagian belakang tempat letak kaki dan arang akan bertindak sebagai ejen penyerap bau. Percayalah, bau yang yang busuk tersebut akan hilang serta merta.


COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: 5 cara hilangkan bau rokok dalam kereta
5 cara hilangkan bau rokok dalam kereta
https://1.bp.blogspot.com/-qR-M_y4aN8M/WO73FWZEtgI/AAAAAAAADc8/dM50X1i2S0A05TE7Z2zPMJByHnKBELqqQCLcB/s400/rr.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-qR-M_y4aN8M/WO73FWZEtgI/AAAAAAAADc8/dM50X1i2S0A05TE7Z2zPMJByHnKBELqqQCLcB/s72-c/rr.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/04/5-cara-hilangkan-bau-rokok-dalam-kereta.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/04/5-cara-hilangkan-bau-rokok-dalam-kereta.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy