Warga Korea Utara perlu visa ke Malaysia bermula Isnin

Bermula Isnin hadapan, setiap warganegara Korea Utara yang mahu ke Malaysia diwajibkan memohon Visa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk ...


Bermula Isnin hadapan, setiap warganegara Korea Utara yang mahu ke Malaysia diwajibkan memohon Visa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Zahid Hamidi berkata keputusan dimuktamadkan beliau dan akan dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menasihati Korea Utara dan negara lain amnya untuk menghormati kedaulatan Malaysia serta menghargai kerjasama yang sering diberikan selama ini.

"Ini kes berprofil tinggi dan Malaysia sekali lagi menjadi perhatian dunia tetapi apabila kita lihat diplomat-diplomat dari luar khususnya Korea Utara yang langsung tidak menghormati Malaysia dan memporak-perandakan negara ini, saya ingin bagi nasihat supaya mereka sedar mereka tidak boleh lakukan sewenang-wenangnya," katanya.

Mengenai status reman suspek warga Korea Utara, Ri Jong Chol, 47 tahun yang bakal berakhir esok (3 Mac), Zahid berkata pihaknya masih menunggu nasihat dari penasihat undang-undang negara sama ada suspek akan ditahan dibawah Akta Imigresen kerana melebihi tempoh lawatannya ke Malaysia.

Tambahnya perkara itu akan diumumkan lewat hari ini (Khamis).

Sementara itu, Zahid hamidi turut mengesahkan bahawa pegawai kanan Kerajaan Korea Utara yang tiba di Malaysia pada Selasa telah bertemu wakil Wisma Putra pada Rabu.

Namun hasil pertemuan tersebut masih belum diketahui.

Pegawai Kanan tersebut Ri Tong Il merupakan bekas duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada 13 Februari seorang warganegara Korea Utara telah dibunuh menggunakan racun ajen saraf VX oleh dua wanita, masing-masing warga Vietnam dan Indonesia, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Dua (KLIA2).

Mangsa dikenali sebagai Kim Jong Nam, abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un.

Pihak kedutaan Korea Utara sebelum Ini menuduh kerajaan Malaysia tidak memberi kerjasama dalam usaha mereka menuntut mayat mangsa dan membantu dalam siasatan.
Bagaimanapun kerajaan Malaysia mempertahankan bahawa proses menuntut mayat hanya boleh dilakukan keluarga dan ia penting bagi membantu siasatan.

Setakat ini masih tiada ahli keluarga mangsa yang tampil untuk memberi bantuan.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Warga Korea Utara perlu visa ke Malaysia bermula Isnin
Warga Korea Utara perlu visa ke Malaysia bermula Isnin
https://2.bp.blogspot.com/-SwhkV1RYfYE/WLeapSiquSI/AAAAAAAADJQ/7qoo_fUjUMoSLUW22HZAf9PL62WTHaN3gCLcB/s400/61487258056_DSZahidHamidi.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-SwhkV1RYfYE/WLeapSiquSI/AAAAAAAADJQ/7qoo_fUjUMoSLUW22HZAf9PL62WTHaN3gCLcB/s72-c/61487258056_DSZahidHamidi.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/03/warga-korea-utara-perlu-visa-ke.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/03/warga-korea-utara-perlu-visa-ke.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy