Usaha bawa pulang rakyat Malaysia keutamaan tertinggi

Wisma Putra memberi jaminan bahawa usaha membawa pulang 11 rakyat Malaysia yang dihalang meninggalkan Korea Utara diberi keutamaan tertin...


Wisma Putra memberi jaminan bahawa usaha membawa pulang 11 rakyat Malaysia yang dihalang meninggalkan Korea Utara diberi keutamaan tertinggi oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihaknya sedang giat berusaha memastikan kesemua mereka dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

Menurut beliau, pada masa ini, mereka berada dalam keadaan selamat dan menjalankan kehidupan seperti biasa di negara ber­kenaan.

“Wisma Putra menghubungi mereka yang terlibat setiap masa untuk mengetahui perkembangan terkini.

“Saya sendiri telah menghu­bungi salah seorang pegawai kedutaan dan beliau memaklumkan, mereka hidup seperti normal dan sehingga kini, mereka tidak menghadapi sebarang ancaman atau sekatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebanyak 11 rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara ketika ini terdiri daripada tiga kakita­ngan Kedutaan Malaysia di negara itu bersama-sama enam ahli keluarga masing-masing dan dua pekerja Misi Bantuan Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mengulas lanjut, Reezal Merican berkata, Wisma Putra juga telah memaklumkan keadaan semua rakyat Malaysia terbabit kepada keluarga masing-­masing.

Pada masa sama, beliau memberitahu, maklumat berhubung isu sekatan rakyat Malaysia di Korea Utara tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak.

“Sebarang maklumat berhu­bung perkara itu hanya akan di­umumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja,” jelasnya.

maklumat berhubung isu sekatan rakyat Malaysia di Korea Utara tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak - Reezal Merican














COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Usaha bawa pulang rakyat Malaysia keutamaan tertinggi
Usaha bawa pulang rakyat Malaysia keutamaan tertinggi
https://2.bp.blogspot.com/-vdwGVEI4T2c/WMDf9iJ5qmI/AAAAAAAADKs/DcE8GJHqWTQWMKTWH7QOa36Z362PijMJgCLcB/s400/image.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-vdwGVEI4T2c/WMDf9iJ5qmI/AAAAAAAADKs/DcE8GJHqWTQWMKTWH7QOa36Z362PijMJgCLcB/s72-c/image.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/03/usaha-bawa-pulang-rakyat-malaysia.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/03/usaha-bawa-pulang-rakyat-malaysia.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy