Remaja memandu lawan arus di lebuh raya mengaku tidak bersalah kes dadah

BUKIT MERTAJAM 17 Mac - Remaja perempuan yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Permatang Pauh sehingga ...


BUKIT MERTAJAM 17 Mac - Remaja perempuan yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Permatang Pauh sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengambil dadah pada hari kejadian.

Tertuduh, Ng Pei Ven,19, didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua -duanya sekali.

Selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin, Pei Ven yang juga model sambilan mengaku faham pertuduhan dan minta dibacarakan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Mahkamah, Md. Azman Kadir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.






Majistret, Jamaliah Abdul Manap menetapkan sebutan semula kes pada 12 Mei depan dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin.

Selain itu, Pei Ven turut diarahkan untuk melaporkan diri di balai polis terdekat setiap minggu.

Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi Selasa lalu, kereta jenis Proton Gen 2 yang dipandu secara melawan arus oleh Pei Ven dari arah Sungai Dua menghala Permatang Pauh melanggar beberapa kenderaan lain sehingga menyebabkan kematian seorang juruteknik kilang, Mohd. Fandi Rosli.

Sementara itu, mahkamah turut menolak permohanan Md. Azman supaya lesen memandu tertuduh digantung kerana dia masih belum didakwa dan disabitkan kesalahan bagi tuduhan memandu secara berbahaya. - UTUSAN ONLINE

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Remaja memandu lawan arus di lebuh raya mengaku tidak bersalah kes dadah
Remaja memandu lawan arus di lebuh raya mengaku tidak bersalah kes dadah
https://4.bp.blogspot.com/-inN-n_NeBfw/WMufz0XT21I/AAAAAAAADPU/-S97aEjdrRkUAPumG0vcKeZMYa6pgOUTACLcB/s400/pemandu-lawan-arus.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-inN-n_NeBfw/WMufz0XT21I/AAAAAAAADPU/-S97aEjdrRkUAPumG0vcKeZMYa6pgOUTACLcB/s72-c/pemandu-lawan-arus.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/03/remaja-memandu-lawan-arus-di-lebuh-raya.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/03/remaja-memandu-lawan-arus-di-lebuh-raya.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy