Projek Aku Janji PRU13 Siap 82%

Janji ditepati oleh kerajaan Barisan Nasional adalah yang terbaik untuk rakyat menikmati kemudahan infrastruktur yang telah disiapkan. Ak...


Janji ditepati oleh kerajaan Barisan Nasional adalah yang terbaik untuk rakyat menikmati kemudahan infrastruktur yang telah disiapkan.

Aku Janji Kerajaan Persekutuan (AKP) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan peruntukan sebanyak RM72.26 bilion telah siap sebanyak 82% sehingga 15 Mac lepas.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara projek terlibat adalah Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh ke Semantan sepanjang 23 kilometer melibatkan 12 stesen.

Selain itu katanya,penyambungan jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) dari Sri Petaling dan Kelana Jaya ke Putra Heights sepanjang 35.1 km dengan kos RM9.54 bilion.

Beliau berkata projek lain ialah pembinaan 234,832 unit Rumah Mampu Milik; pembinaan sembilan buah sekolah baharu (RM343.45 juta) dan membaik pulih 161 buah sekolah daif di Sabah dan Sarawak (RM37 juta) serta menaik taraf kemudahan perubatan hemodialisis di 22 buah hospital (RM5 juta).

“Kemudahan akses jalur lebar di seluruh negara melalui penyediaan 230,366 port internet baharu dengan kos RM1.8 bilion selain pembinaan lima buah Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan lapan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) serta pembinaan 5,797 kilometer jalan luar bandar berturap dengan kos RM7.66 bi­lion,” katanya dalam satu kenya­taan di sini, hari ini.

Zahid Hamidi sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Ja­watankuasa Kebangsaan Aku Janji Kerajaan Persekutuan di Bangunan Utama Parlimen.

Mesyuarat turut dihadiri menteri-menteri serta pegawai tinggi kerajaan.

Zahid Hamidi berkata mesyuarat itu memfokuskan tiga inisiatif AKP iaitu Menangani Kos Sara Hidup; Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar; serta Membina Kecemerlangan Pendidikan.

Katanya lima kertas pembentangan telah dibincangkan pada mesyuarat tersebut yang memberi tumpuan kepada isu kelangsungan projek, keupayaan pencapaian sasaran inisiatif dan isu pelaksanaan semasa.

“Tanggungjawab Jawatanku­asa Kebangsaan AKP ini adalah untuk memastikan pelaksanaan kesemua janji kerajaan Persekutuan semasa PRU-13 pada tahun 2013 yang lalu berjalan lancar dan dilaksanakan sepenuhnya dengan kaedah menyelesaikan isu-isu pelaksanaan yang memerlukan keputusan jawatankuasa peringkat tertinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Zahid Hamidi berkata selaras dengan aspirasi 2017 sebagai Year of Delivery, komitmen kerajaan untuk merealisasikan AKP diteruskan dengan pelaksanaan program dan projek seperti peningkatan amaun Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan kos RM6.8 bilion.

Selain itu, pembinaan pusat Anjung Kasih di Hospital Queen Elizabeth di Sabah, Hospital Sultanah Aminah di Johor dan Hospital Serdang di Selangor, Hospital Besar Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah.

Kerajaan juga akan meneruskan program e-Usahawan dan e-Rezeki dengan kos RM100 juta untuk meningkatkan pendapatan 300,000 peserta; dan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang bermula Julai nanti, katanya.

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Projek Aku Janji PRU13 Siap 82%
Projek Aku Janji PRU13 Siap 82%
https://2.bp.blogspot.com/-sBDaNymYY2Y/WNs7VsSJsbI/AAAAAAAADVA/qJymlxYacf0fxhbRahKS18DfnSIpkN7BgCLcB/s400/zahidy.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-sBDaNymYY2Y/WNs7VsSJsbI/AAAAAAAADVA/qJymlxYacf0fxhbRahKS18DfnSIpkN7BgCLcB/s72-c/zahidy.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/03/projek-aku-janji-pru13-siap-82.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/03/projek-aku-janji-pru13-siap-82.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy