PPBM sah bergabung dalam Pakatan Harapan

'Taik pun sanggup pegang' sesuai diberikan oleh trio ini.Untuk mencapai matlamat ingin menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. PPB...


'Taik pun sanggup pegang' sesuai diberikan oleh trio ini.Untuk mencapai matlamat ingin menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. PPBM sanggup bergabung bersama Pakatan Harapan yang suatu ketika dahulu pernah menjadi musuh politik no 1 yang diketuai oleh DAP.

20 Mac – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini sah bergabung dengan parti-parti yang pernah menjadi musuh politik beliau di dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng dan Presi­den PAN, Mohamad Sabu, sekretariat Pakatan Harapan akan me­ngutus surat kepada PPBM untuk memaklumkan perkara tersebut.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat hari ini setuju sebulat suara menerima PPBM sebagai anggota pakatan.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan juga akan mendaftarkan gabungan berkenaan dan keempat-empat parti akan segera merangka manifesto dan mewujudkan logo baharu,” kata kenyataan itu hari ini.­

Sebelum ini Dr. Mahathir dikritik kerana menjalinkan kerjasama dengan DAP yang dahulunya meru­pakan musuh politiknya.

Malah, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa wujud pakatan sulit antara Dr. Mahathir dan Kit Siang berhubung siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dakwa Tunku Abdul Aziz, tanpa pengetahuan parti-parti sekutu lain te­rutama PKR, ke­dua-dua pe­mimpin itu membuat perjanjian rahsia untuk melantik Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri manakala Kit Siang pula sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sehingga kini cabaran Tunku Abdul Aziz supaya Kit Siang me­lakukan akuan bersumpah bagi menafikan perkara tersebut tidak dijawab oleh Kit Siang.

Utusan

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,126,Nasional,132,Negeri,17,Politik,110,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: PPBM sah bergabung dalam Pakatan Harapan
PPBM sah bergabung dalam Pakatan Harapan
https://3.bp.blogspot.com/-99QofxmrSGc/WNCiER5jKpI/AAAAAAAADRM/BylTdMWBt8MoXep75h5UfpfvZqUXHM_vQCLcB/s400/image.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-99QofxmrSGc/WNCiER5jKpI/AAAAAAAADRM/BylTdMWBt8MoXep75h5UfpfvZqUXHM_vQCLcB/s72-c/image.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/03/ppbm-sah-bergabung-dalam-pakatan-harapan.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/03/ppbm-sah-bergabung-dalam-pakatan-harapan.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy