Najib Bertemu Mangsa Culik Kumpulan Abu Sayaf

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini bertemu dua daripada lima rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf di Fi...


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini bertemu dua daripada lima rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf di Filipina pada Julai tahun lepas.

Didalam pertemuan kira-kira 20 minit itu, kedua-dua mangsa culik Tayudin Anjut dan Abdul Rahim Summas telah menceritakan pengalaman penculikan yang dilakukan oleh kumpulan militant tersebut.

Tayudin, 46, dan Abdul Rahim, 63, menceritakan bagaimana mereka dilayan seperti hamba abdi ketika didalam tahanan pihak penculik. Kedua-dua mangsa culik kini tidak mampu berjalan dan mempunyai masalah penglihatan.

Kedua-dua lelaki berkenaan tiba di kediaman perdana menteri di Jalan Taman Duta, Kuala Lumpur, pada 8 pagi untuk dipertemukan dengan keluarga masing-masing, yang telah sedia menunggu dari awal lagi.

Mereka berdua tiba malam tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang. Rasa syukur dizahirkan kedua-dua mangsa culik didalam suasana yang penuh emosi, yang disertai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tayudin dan Abdul Rahim merupakan kru kapal tunda Serudong Tiga. Kedua-dua mangsa telah diculik oleh pengganas Abu Sayyaf di perairan Dent Haven di Lahad Datu pada 18 Julai, 2016.

Mereka berdua telah diselamatkan pasukan keselamatan Filipina di selatan republik itu pada Khamis lepas.

Sehingga kini, tiga lagi warga Malaysia masih ditahan pengganas Abu Sayyaf. Mereka adalah Fandy Bakran, 27, Mohd Jumadil Rahim, 24, dan Mohd Ridzuan Ismail, 33, yang juga kru kapal tunda Serudong Tiga.

-sumber


COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Najib Bertemu Mangsa Culik Kumpulan Abu Sayaf
Najib Bertemu Mangsa Culik Kumpulan Abu Sayaf
https://2.bp.blogspot.com/-5PymgSnOkdU/WNnmsyQlEXI/AAAAAAAADUE/6Q3aNkvzt-cSc2lDVeJ9pTtPucuOvaeswCLcB/s400/najib.JPG
https://2.bp.blogspot.com/-5PymgSnOkdU/WNnmsyQlEXI/AAAAAAAADUE/6Q3aNkvzt-cSc2lDVeJ9pTtPucuOvaeswCLcB/s72-c/najib.JPG
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/03/najib-bertemu-mangsa-culik-kumpulan-abu.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/03/najib-bertemu-mangsa-culik-kumpulan-abu.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy