Najib Antara 12 Menteri Kewangan Terbaik Di Asia Lapor FinanceAsia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan sebagai antara 12 Menteri Kewangan Terbaik di Asia lapor portal kewanga...


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan sebagai antara 12 Menteri Kewangan Terbaik di Asia lapor portal kewangan antarabangsa FinanceAsia.

Portal tersebut yang setiap tahun mengeluarkan rangking kewangan untuk negara-negara di Asia berkata Najib berada di tangga ke-10 berbanding 48 negara di rantau Asia-Pasifik.

Menurut FinanceAsia yang beribu pejabat di Hong Kong itu selain Najib, turut dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik di Asia ialah Sri Mulyani Indrawati (Indonesia), Arun Jaitley (India) Sonny Dominguez (Filipina), Lou Jiwei (China), Heng Swee Keat (Singapura), Sheu Yu-jer (Taiwan), John Tsang (Hong Kong) dan Scott Marrison (Australia).

Portal yang sama itu pada tahun lalu telah menyenarai Najib sebagai Menteri Kewangan paling teruk di Asia kerana gagal menarik keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara.

Selain itu kejatuhan mendadak nilai mata wang negara turut dikatakan sebagai antara punca utama kelembapan ekonomi.

Bank Negara Malaysia (BNM) ketika mengumumkan Laporan Tahunan 2016 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2016, mengunjurkan ekonomi Malaysia bakqal mencatat pertumbuhan kukuh antara 4.3 dan 4.8 peratus tahun ini, berbanding 4.2 peratus tahun lalu.

Gabenornya, Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, pertumbuhan itu didorong oleh permintaan domestik daripada sektor swasta dan disokong oleh sektor luaran serta jangkaan pemulihan harga komoditi.

Katanya, BNM menjangkakan harga minyak mentah Brent berlegar sekitar AS$50 hingga AS$55 (RM221.45 hingga RM243.60) setong, manakala harga minyak sawit mentah pula pada RM2,700 satu tan metrik.

Muhammad berkata, sektor luaran Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun persekitaran global terus tidak menentu dengan secara keseluruhan, eksport barangan dan perkhidmatan bersih dijangka dapat menyokong pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar tahun ini berikutan pemulihan eksport secara beransur-ansur.

Beliau berkata, akaun semasa dijangka mencatat lebihan satu hingga dua peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada 2017.

Eksport dan import dijangka terus kukuh pada 2017, disokong oleh unjuran pertumbuhan global serta harga komoditi yang bertambah baik, serta permintaan domestik yang mapan, katanya. –sumber

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,11,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,94,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Najib Antara 12 Menteri Kewangan Terbaik Di Asia Lapor FinanceAsia
Najib Antara 12 Menteri Kewangan Terbaik Di Asia Lapor FinanceAsia
https://3.bp.blogspot.com/-up2-zQgYraQ/WNnS1neFtfI/AAAAAAAADTg/u_hQPlClr_sjjj1eJbkDrQjh7h0mBdDRgCLcB/s400/najib.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-up2-zQgYraQ/WNnS1neFtfI/AAAAAAAADTg/u_hQPlClr_sjjj1eJbkDrQjh7h0mBdDRgCLcB/s72-c/najib.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/03/najib-antara-12-menteri-kewangan.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/03/najib-antara-12-menteri-kewangan.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy