Mat Dan Kaki Jalan Selamat Bertunang Dan Selamat Bernikah?

Pengacara televisyen, Muhamed Kareef Daniel Abdullah, 28, dan seorang gadis Melayu tempatan selamat diijabkabulkan dalam majlis akad nika...


Pengacara televisyen, Muhamed Kareef Daniel Abdullah, 28, dan seorang gadis Melayu tempatan selamat diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang diadakan di Bukit Chendering di sini, hari ini.

Dengan sekali lafaz, beliau lebih dikenali sebagai Mat Dan yang sering mengendalikan rancangan pengembaraan, sah menjadi suami kepada gadis berkenaan.


Gambar-gambar pernikahan jejaka kelahiran Bristol, England yang fasih bercakap loghat Terengganu itu tular di media sosial hasil perkongsian tetamu yang menghadiri majlis tersebut.







Menurut salah seorang rakan Mat Dan yang enggan dikenali, majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 5.30 petang itu hanya disaksikan oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua mempelai tanpa sebarang liputan media.

“Mat Dan bernikah petang tadi selepas solat Asar. Identiti gadis pilihan hatinya tidak dapat didedahkan atas permintaan keluarga.

"Sebagaimana majlis tunang tadi, majlis ini turut dibuat secara tertutup demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua pihak," katanya ketika dihubungi hari ini.


Terdahulu, kira-kira pukul 10 pagi ini Mat Dan dan pasangan sempat bertunang dalam majlis serba ringkas di lokasi sama iaitu di kediaman pengantin perempuan.





Majlis pertunangan dan pernikahan pengacara rancangan travelogue Mat Dan Kaki Jalan yang bersiaran di Astro Prima dan Astro Maya HD ini turut dimeriahkan dengan kehadiran bapa dan ibunya, Kevin Tyler dan Nicol Tyler yang datang dari Bristol, England.

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Mat Dan Kaki Jalan Selamat Bertunang Dan Selamat Bernikah?
Mat Dan Kaki Jalan Selamat Bertunang Dan Selamat Bernikah?
https://2.bp.blogspot.com/-lP_du2UlXk4/WMYKFI45akI/AAAAAAAADMk/KolURd7X9xoHSfZrtsewUPxGs3yzbTxSgCLcB/s400/tunang%2B%25282%2529.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-lP_du2UlXk4/WMYKFI45akI/AAAAAAAADMk/KolURd7X9xoHSfZrtsewUPxGs3yzbTxSgCLcB/s72-c/tunang%2B%25282%2529.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/03/mat-dan-kaki-jalan-selamat-bertunang.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/03/mat-dan-kaki-jalan-selamat-bertunang.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy