Kerajaan cadang naikkan had 
umur beli, jual rokok

KUALA LUMPUR 28 Mac – Kementerian Kesihatan bercadang untuk menaikkan had usia membeli dan menjual rokok kepada 21 tahun berbanding 18 ta...


KUALA LUMPUR 28 Mac – Kementerian Kesihatan bercadang untuk menaikkan had usia membeli dan menjual rokok kepada 21 tahun berbanding 18 tahun pada ketika ini.

Timbalan Men­teri­nya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, perkara itu merupakan antara cadangan terdapat dalam undang-undang baharu yang dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada tahun depan.

Kata beliau, semua cadangan itu telah diserahkan kepada pegawai undang-undang berkaitan untuk dikaji dan perbincangan telah diadakan dengan pihak berkepentingan.

“Malah, kami juga sedang mengkaji kaedah semasa pengiklanan syarikat rokok yang diletakkan di belakang kaunter premis terutamanya di premis makanan.

“Larangan ini (meletakkan rokok di belakang kaunter) diteliti sama ada sesuai atau tidak untuk dimasukkan dalam akta baharu,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang meminta kerajaan menyatakan langkah menangani perokok pasif.

Jelas Hilmi, pada ketika ini, kawalan hasil tembakau tertakluk di bawah Akta Kawalan Makanan 1983.

Selain itu, kata beliau, kerajaan ju­ga mempunyai ran­ca­ngan untuk menaikkan harga rokok pada masa akan datang sebagai antara langkah untuk mengurangkan tabiat merokok masyarakat.

“Sekarang rokok dijual pada harga RM17 sekotak dan sasaran adalah untuk menaikkannya kepada RM21.50 sekotak,” katanya.

Dalam pada itu, menjawab persoalan tambahan Nasruddin Hassan (Pas-Temerloh) yang meminta kerajaan menyatakan kejayaan Kempen Anti Mero­kok, Hilmi berkata, laporan kajian itu menunjukkan kadar penurunan yang tidak begitu ketara.

“Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi kebangsaan (NHMS) 2015 mendapati trend merokok dalam kalangan rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas adalah 24 peratus berbanding dapatan NHMS 2011 iaitu 24.6 peratus,” katanya.

COMMENTS

Name

Agama,10,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,15,Hiburan,33,Isu Semasa,137,Nasional,133,Negeri,17,Politik,116,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Kerajaan cadang naikkan had 
umur beli, jual rokok
Kerajaan cadang naikkan had 
umur beli, jual rokok
https://2.bp.blogspot.com/-_utv5qeNE1A/WNx-2_wo_PI/AAAAAAAADVo/vS6cXDlm6wMylSntljXXAcSV-UJMBwqCQCLcB/s400/rokok.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-_utv5qeNE1A/WNx-2_wo_PI/AAAAAAAADVo/vS6cXDlm6wMylSntljXXAcSV-UJMBwqCQCLcB/s72-c/rokok.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/03/kerajaan-cadang-naikkan-had-umur-beli.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/03/kerajaan-cadang-naikkan-had-umur-beli.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy