Isu BR1M Selesai 705,562 Pemohon Layak Terima Minggu Hadapan

Seramai 705,562 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonan atas alasan mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysi...


Seramai 705,562 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonan atas alasan mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bakal menerima bantuan tersebut pada minggu hadapan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata jumlah tersebut merupakan mereka yang pernah menerima BR1M tahun lalu dan telah awal mendaftar dengan SSM.

Namun, tegasnya jika mereka gagal mengemukakan penyata kewangan atau lampiran pendapatan, mereka tidak akan menerima baki bantuan tersebut pada Jun hadapan.

"Dia (pemohon) isi borang tapi tidak ada pengesahan dokumen dan apabila dokumen tidak ada macam mana Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hendak proses.
"Sebenarnya sudah maklumkan pada LHDN, mansuhkan SSM tersebut. Tidak perlu nyatakan permohonan ditolak kerana SSM, tidak perlu. Hanya letakkan maklumat tambahan," katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Ujarnya, maklumat tambahan yang diperlukan termasuk lampiran penyata kewangan mahupun salinan buku bank yang boleh menjadi bukti pengesahan pendapatan pemohon.

Tambahnya, Kementerian Kewangan tidak pernah menghalang mana-mana rakyat Malaysia untuk berdaftar dengan SSM dan menjalankan pernigaan.

Sebaliknya, Kerajaan amat menggalakkan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan menerusi perniagaan.

"Saya hendak galakkan mereka yang berpendapatan rendah ini berniaga, tidak kira dalam talian atau apa sahaja. Kita menggalakkan mereka untuk menjadi usahawan.

"Kita nak betulkan persepsi orang ramai, kita beri kepada mereka yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah, tidak kisah mereka berdaftar atau tidak (dengan SSM)," katanya.

Johari memberitahu seramai 600,000 permohonan baru BR1M bagi tahun ini ditolak kerana gaji mereka melebihi RM4,000.

Beliau mendedahkan ada yang bergaji sampai RM12,000 pun mohon BR1M.

"Kita terpaksa tolak 600,000 permohonan sebab gaji mereka melebihi RM4,000. Orang gaji RM12,000 pun ada yang memohon.

"Gaji lebih RM5,000 ada 260,000 orang yang memohon. Gaji dari RM6,000 ke RM8,000 ada dalam 40,000 ke 50,000 orang yang memohon. Dan berbelas-belas ribu orang daripada gaji RM8,000 hingga 12,000 yang memohon.


"Saya tidak akan membiarkan mereka berhenti menjadi usahawan atas alasan tidak mendapat BR1M. Itu yang saya hendak jelaskan kepada semua rakyat Malaysia," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial isu permohonan BR1M yang ditolak atas alasan mendaftar dengan SSM.

Malah, pemohon mempersoal mengapa menerima bantuan tersebut tahun sebelum ini tetapi ditolak permohonan pada tahun ini.

COMMENTS

Name

Agama,8,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,14,Hiburan,31,Isu Semasa,119,Nasional,131,Negeri,17,Politik,107,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Isu BR1M Selesai 705,562 Pemohon Layak Terima Minggu Hadapan
Isu BR1M Selesai 705,562 Pemohon Layak Terima Minggu Hadapan
https://2.bp.blogspot.com/-X0c-CXBAUJQ/WMEeHi3MKQI/AAAAAAAADK8/XMVsd9Va2RMQioxwKScKaE31wetWU5gEACLcB/s400/71489033921_JohariBRiM.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-X0c-CXBAUJQ/WMEeHi3MKQI/AAAAAAAADK8/XMVsd9Va2RMQioxwKScKaE31wetWU5gEACLcB/s72-c/71489033921_JohariBRiM.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/03/isu-br1m-selesai-705562-pemohon-layak.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/03/isu-br1m-selesai-705562-pemohon-layak.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy