Harga Minyak Turun, Pembangkang Hilang Arah Rafizi Terus Masuk Gua

Malam tadi, pelaksanaan harga si­ling petrol dan diesel secara mingguan yang diumumkan buat pertama kali telah membawa perkhabaran gembi­...


Malam tadi, pelaksanaan harga si­ling petrol dan diesel secara mingguan yang diumumkan buat pertama kali telah membawa perkhabaran gembi­ra apabila bahan api utama yang menjadi kegunaan rata-rata rakyat Malaysia mengalami penuru­nan. Mekanisme baharu ini, adalah mengikut kadar tukaran asing yang dapat diterjemah dengan lebih tepat mengikut perkiraan pasaran global.

Ketua Setiausaha Ke­menterian Perda­ga­ngan Dalam Ne­ge­ri, Koperasi dan Ke­­pengguna­an, Datuk Seri Jamil Salleh menyatakan bahawa berkuat kuasa 12.01 te­ngah malam ini, harga minyak pe­trol RON95 ditetapkan pada RM2.13 seliter, RON97 RM2.41 seliter dan diesel RM2.11 seliter. Menurut beliau, harga siling baharu bagi minyak RON95, RON97 dan diesel itu masing-masing me­ngalami penurunan sebanyak 17 sen, 19 sen dan sembilan sen.

Sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan pe­netapan harga bulanan secara pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang telah ditetapkan sejak 1983. Ianya mengumumkan harga diesel dan petrol secara bulanan. Ini kerana kerajaan mengira harga purata bagi bulan tertentu dan menetapkan harga bagi bulan berikutnya.

Dengan mekanisme baharu ini, kerajaan percaya ia akan memberi kesan yang lebih baik kepada pengguna kerana tempoh pengiraan purata kos produk petroleum yang siap diproses dan kadar tukaran wang asing menjadi semakin pendek iaitu tujuh hari. Keadaan ini membantu pengguna berada dalam keadaan lebih bersedia dan akan memudahkan mereka merancang perbelanjaan dengan lebih baik untuk masa akan datang.


Dalam pada itu, beliau berharap syarikat dan pengusaha stesen minyak akan mengikuti ketetapan harga minyak yang telah diperuntukkan oleh kerajaan. Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa mana-mana pihak yang enggan mengikuti arahan tersebut bakal berdepan dengan hukuman berat seperti mana yang telah termaktub di bawah peruntukan perundangan kementerian.

Kini apabila harga minyak sudah turun, dilihat pembangkang dan ‘cybertroopers’ mereka seakan-akan kehilangan idea, dan membisu untuk menghentam kerajaan. Mungkinkah kerana mereka kehilangan papan kekunci untuk menaip? ataupun mereka kehabisan data internet? Sebelum ini, apabila harga minyak naik 20 sen, merekalah orang yang pertama menghetam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di laman sosial.

Dulu, Rafizi Ramli yang merupakan Timbalan Naib Presiden PKR yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan pernah menyatakan bahawa tiada ketelusan dalam sistem pengapungan dan penghapusan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan adalah tidak wajar.

Walhal, tindakan tersebut dilakukan bagi mengelakkkan pembohongan harga dan penyeludupan minyak petrol ke negara jiran daripada berlaku. Semua yang dilakukan kerajaan adalah berdasarkan kajian dan apa yang berlaku dalam keadaan ketika itu. Bukan membuat keputusan semberono sahaja.

Tidak cukup dengan itu, Rafizi juga pernah mengatakan bahawa jika harga minyak turun, harga barang juga akan turun. Hakikatnya, ianya adalah tidak masuk akal dan hanya dijadikan bahan jenaka. Tidak pernah lagi berlaku di Malaysia apabila harga minyak turun, pengusaha syarikat dan peniaga ingin turunkan harga barang.

Kini, Rafizi seperti hilang kata-kata untuk memanipulasikan fakta yang jelas apabila harga minyak turun dalam pengunguman harga siling minyak secara mingguan itu dijalankan semalam. Jadi, diingatkan kepada semua rakyat Malaysia, Rafizi adalah pemhohong dan pemanipulasi harga minyak dan harga barang. Inilah hakikat yang tidak dapat disangkal, tiada satu fakta pun yang disampaikan oleh Rafizi adalah benar dan telus.

pru14.tv-

COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Harga Minyak Turun, Pembangkang Hilang Arah Rafizi Terus Masuk Gua
Harga Minyak Turun, Pembangkang Hilang Arah Rafizi Terus Masuk Gua
https://3.bp.blogspot.com/-GxZrEpSvtQc/WNyz3RqiFXI/AAAAAAAADWM/-ZZG6nORY74MeRkLzdBIPI2Fz0KLZ8dsgCLcB/s400/rf.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-GxZrEpSvtQc/WNyz3RqiFXI/AAAAAAAADWM/-ZZG6nORY74MeRkLzdBIPI2Fz0KLZ8dsgCLcB/s72-c/rf.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/03/harga-minyak-turun-pembangkang-hilang.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/03/harga-minyak-turun-pembangkang-hilang.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy