Dua Warga Malaysia Yang Keluar Dari korea Utara Kini Tinggal Di Beijing

Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy,dua petugas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang merupakan antara 11 orang warga Malaysia yan...


Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy,dua petugas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang merupakan antara 11 orang warga Malaysia yang dilarang keluar dari Korea Utara,selamat tiba di Beijing,China semalam dan akan tinggal disana buat sementara waktu.

Menurut Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican berkata kedua-dua mereka yang bertugas di bawah Program Makanan Sedunia PBB telah sampai di Beijing dan akan meneruskan program di sana.

"Saya telah bercakap dengan Stella menerusi telefon dan saya diberitahu mereka akan tinggal di Beijing ," katanya.

Terdahulu,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tweet terbarunya pada Khamis, menyatakan kedua-dua rakyat Malaysia itu, yang merupakan sebahagian daripada petugas PBB, telah tiba di Beijing.

Bagaimanapun Reezal berkata beliau masih berhubungan dengan sembilan lagi rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara dan semuanya dilaporkan dalam keadaan selamat,katanya mereka masih boleh dihubungi dan bebas bergerak.

"Saya akan sentiasa menghubungi mereka di Korea Utara dan (ketika ini) tiada sebarang bentuk ancaman berlaku terhadap mereka, dan mereka bebas bergerak seperti biasa. Bila saya bercakap dengan Stella, beliau juga melaporkan perkara yang sama," katanya.

Reezal berkata waris mereka di Malaysia telah dimaklumkan mengenai keadaan mereka di sana.

Kerajaan akan terus berusaha untuk membebaskan mereka yang masih berada di Pyongyang.

"Keutamaan kita ialah membawa mereka pulang segera dan dalam keadaan selamat," katanya.

Reezal turut menggesa media supaya tidak mensensasikan isu itu kerana kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikannya antara dua negara.



COMMENTS

Name

Agama,7,Berita Panas,21,Ekonomi,12,Fesyen,5,Gadget@IT,12,Hiburan,29,Isu Semasa,112,Nasional,125,Negeri,16,Politik,95,Sukan,11,
false
ltr
item
NASIONALKINI.COM: Dua Warga Malaysia Yang Keluar Dari korea Utara Kini Tinggal Di Beijing
Dua Warga Malaysia Yang Keluar Dari korea Utara Kini Tinggal Di Beijing
https://2.bp.blogspot.com/-SWEOsit2TMw/WMJnSTG7vrI/AAAAAAAADMM/_hh7YdLqgO8q8P37nMaZ9sPlOZrTcmcPACLcB/s400/reezal%2Bmerican.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-SWEOsit2TMw/WMJnSTG7vrI/AAAAAAAADMM/_hh7YdLqgO8q8P37nMaZ9sPlOZrTcmcPACLcB/s72-c/reezal%2Bmerican.jpg
NASIONALKINI.COM
http://www.nasionalkini.com/2017/03/dua-warga-malaysia-yang-keluar-dari.html
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/
http://www.nasionalkini.com/2017/03/dua-warga-malaysia-yang-keluar-dari.html
true
824421273207183841
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy